Lelaki Bangladesh Maut Dihempap Runtuhan Rasuk Konkrit

Kuala Lumpur – Pekerja binaan warga Bangladesh maut selepas dihempap runtuhan rasuk konkrit bangunan di tapak pembinaan berhadapan Pangsapuri Sri Rakyat, Bukit Jalil, di sini kira-kira jam 5 petang tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.07 petang berhubung kejadian itu.

“Seramai 27 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil, BBP Seputeh dan BBP Hang Tuah bersama enam jentera ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami menemui mayat mangsa yang juga warganegara Bangladesh berada di tingkat 17 dihempap runtuhan rasuk konkrit yang jatuh dari tingkat 18 bangunan berkenaan,” katanya.

Katanya, pihaknya sedang menjalankan kerja-kerja menyelamat termasuk membawa keluar mayat dari lokasi kejadian. – hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *