Lelaki Kecewa Teman Wanita Bermain Kayu Tiga

10/02/2017 Melaka – Sedangkan pasangan berkahwin pun boleh bercerai, inikan pula pasangan bercinta. Tidak perlu kecewa kalau ditinggalkan kekasih kerana orang ketiga. Sepatutnya bersyukur apabila kenal sikap sebenar kekasih sebelum kahwin.

Kalau dah kahwin dapat tahu isteri bermain kayu tiga dengan lelaki lain sehingga terlanjur pasti lebih merana.

Seorang lelaki telah menjadi tular di media sosial apabila memuatnaik gambar dan video dirinya telah berjaya menangkap kekasihnya curang dengan lelaki dipercayai teman lelaki keduanya di dalam kereta.

Video yang dimuatnaik oleh lelaki yang dikenali sebagai Nazrin Rosli telah mendapat 15,000 shares.

Nazrin mendedahkan selama bercinta dengan kekasihnya itu dia tidak pernah berlaku curang terhadap kekasihnya. Berasa tingkah laku kekasihnya itu mencurigakan Nazrin telah mengintip kekasihnya dan berjaya menemui kekasihnya itu dengan lelaki lain.

“Aku tak pernah curang dengan kau. Ini bukti yang kau curang dengan aku. Kau ingat aku bodoh eh macam budak-budak? Pembohong.

“Kata sakit, pergi klinik dengan kawan. Habis tu, motosikal parking di Petronas Semabok. Bila tanya, kau cakap tak larat nak bawa motor. Padahal kau keluar dengan lelaki lain. Bila aku tanya, kau cakap tak ada,” tulisnya.

Rupanya kekasih sudah mula bermain kayu tiga sejak dua bulan yang lalu. Apabila sudah ‘kantoi’ dengan Nazrin dan diminta pilih mana satu, kekasihnya mendakwa sayangkan dua-dua.

Sementara itu, rata-rata netizen merasakan masalah yang dihadapi oleh Nazrin itu hanya masalah remeh. Baru bercinta dan kekasih curang bukan ada ikatan yang sah lagi. Hanya cinta monyet tetapi sudah tular di media sosial. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *