Lim Kit Siang bersedia untuk dedah salahlaku Mahathir tahun 1990?

20/02/2017 – Lim Kit Siang bersedia untuk bercakap di pentas roadshow Umno bagi menyiasat kerugian urusniaga pertukaran wang asing oleh Bank Negara yang berlaku dua dekad lalu.

“Saya mengisytiharkan kesediaan saya untuk bersama-sama badan penyiasatan kerugian urusniaga pertukaran wang asing oleh Bank Negara tetapi bidang tugasnya perlu diperluaskan kepada skandal BMF dan juga 1MDB,” kata Kit Siang dalam satu kenyataannya.

Tindakan ini, katanya, kerana negara telah disifatkan oleh dunia sebagai negara kleptokrasi ekoran skandal penggubahan wang haram melalui 1MDB, katanya.

“Annuar Musa (ketua penerangan Umno) patut memaklumkan kepada saya dalam masa 48 jam samada saya perlu menyusun semula program saya bermula 25 Februari dan ke atas untuk membolehkan saya berucap dalam majlis roadshow yang akan dilancarkan Sabtu ini,” kata Kit Siang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *