Mahathir berbohong lagi tentang indeks rasuah negara Malaysia.

24/2/2017 – Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Malaysia tergolong didalam 10 negara teratas mengamalkan rasuah di dunia.

Bagaimanapun, dakwaan yang dilemparkan oleh Mahathir itu sekali lagi didapati menyatakan fakta salah.

Ini kerana penganalisis politik, Kapten (B) Abdul Rahmat Tun Mohd Haniff berkata, fakta yang digunakan oleh Mahathir memetik Kerala Transparent Loincloth Index tidak terguna pakai di mana-mana negara termasuk di Kerala, India sendiri.

“Hari ini, U-Turn Maha F didapati masih cuba mengulangi pembohongan lamanya, suatu perbuatan yang amat tidak sesuai dengan usia yang sudah hampir sebelum beliau pulang menemui Anubis, dewa kematian Mesir Kuno,” katanya dipetik blog beliau, Seademon Says merujuk U-Turn Maha F kepada Dr Mahathir.

Mahathir yang merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) melemparkan dakwaan berkenaan menerusi laman Twitternya dengan mengucapkan “Syabas! Najib” ekoran Malaysia sudah menjadi salah satu dari sepuluh negara paling banyak mengamalkan rasuah di dunia.

“Suatu masa dahulu Malaysia digelar Harimau Asia. Hari ini Malaysia tidak layak digelar kucing,” tweet Dr Mahathir.

Tambah Abdul Rahmat lagi, indeks persepsi rasuah dunia sebenar dirujuk menerusi Transparency International yang merangkumi 176 buah negara seluruh dunia dan Somalia menduduki kedudukan tercorot negara paling banyak mengamalkan rasuah.

Mengikut Transparency International, dari 176 buah negara, sepuluh negara yang mempunyai persepsi rasuah paling teratas pada tahun 2016 adalah seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *