Mahathir berkerjasama dengan DAP hanya untuk selamatkan Malaysia?

20/2/2017– Setiausaha politik Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud menyifatkan kerjasama antara Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dengan DAP hanya untuk selamatkan Malaysia.

Dyana cuba menegaskan bahawa kerjasama antara parti Pakatan Harapan dan Bersatu adalah misi lebih besar dari matlamat peribadi mahupun parti bagi untuk menyelamatkan Malaysia dari kancah negara gagal.

Menurut Dyana, Pakatan Harapan dan Bersatu komited dan nekad dalam untuk menjayakan misi ini.

“Jika tiga negarawan seperti Tun Mahathir, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh duduk bersama untuk menjayakan misi ini, kenapa kita tidak?

“Saya percaya rakyat boleh menilai mana satu batu dan permata, Pakatan Harapan dan Bersatu diketuai negarawan-negarawan yang mementingkan masa depan negara dan masa depan anak muda,” katanya semasa berucap di Program Bicara Rakyat di Kuala Kedah.

Dengan itu, Dyana cuba menyeru rakyat dapat memberi sokongan peluang kepada pakatan pembangkang untuk mentadbir negara.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung DAP yang masih belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng mengakui kerjasama yang dijalin dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah semata-mata kerana terpaksa.

Guan Eng berkata, beliau sebenarnya tidak berminat untuk menjalin kerjasama tersebut memandangkan bekas Perdana Menteri itu pernah menyumbat beliau serta bapanya yang merupakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang ke dalam penjara sebanyak dua kali.

“Kalau dia tidak syok DAP bekerjasama dengan Dr. Mahathir, saya lagi tidak syok. Mengapa? Kerana sebenarnya ada orang ta­nya bagaimana saya boleh bekerjasama dengan Dr. Mahathir bila beliau tangkap Kit Siang dua kali,” katanya.

Guan Eng menyifatkan DAP terpaksa bekerjasama dengan Mahathir kerana masing-masing kini mempunyai matlamat serupa untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada kononnya bagi menyelamatkan Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *