Mahathir dan Kit Siang kucar kacirkan Pakatan Pembangkang

17/2/2017– Selepas perjanjian sulit antara Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad terdedah kepada umum, rakyat sudah mula lihat permainan politik antara dua ahli politik itu.

Ia bukan sahaja dari penyokong kerajaan, malah pendedahan itu juga membuatkan ramai dari kalangan penyokong pembangkang sudah mula sangsi dan ragu-ragu terhadap Kit Siang.

Sebelum ini, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan wujud perjanjian sulit antara Kit Siang dan Mahathir untuk melantik Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Malah perjanjian sulit itu juga mencapai persetujuan memilih Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang diketuai DAP menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Mana tidaknya, sejak Mac 1966 lagi, agenda DAP adalah untuk mengangkat pemimpin utama mereka sebagai Perdana Menteri, selaku pemerintah tertinggi di Putrajaya.

Ini kerana perjuangan DAP untuk menjadi Perdana Menteri muncul dan tersemai sejak penubuhan awal DAP di Malaysia. Itulah visi DAP di Malaysia.

Selain itu, DAP mahu ikut jejak PAP di Singapura yang menguasai kerajaan di sana secara sepenuhnya. Namun bagaimanapun, Kit Siang seolah-olah mengadaikan kepercayaan, kesetiaan dan agenda sebenar DAP ini dengan kehadiran Mahathir dalam pakatan pembangkang.

Susulan itu, ramai kalangan veteren DAP marah bila Kit Siang menjalin kerjasama dengan Mahathir. Ini membuat luka lama berdarah kembali. Kit Siang dimarah dan ditentang oleh veteren DAP kerana hanya sekadar mahu jawatan TPM semata mata.

Malah lebih memalukan bersekongkol dengan Mahathir untuk beri laluan anak Mahathir menjadi PM. Ini telah mewujudkan keretakan teruk dalam DAP.

Turut menjadi semakin parah apabila desas desus menyatakan bahawa,Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bakal dimasukkan ke dalam penjara atas pertuduhan skandal rasuah di Pulau Pinang.

Sementara itu, ia menjadi bertambah kucar kacir setelah sumber dalaman mendedahkan bahawa Ketua Menteri itu akan menyerahkan baton Ketua Menteri kepada ayahnya sendiri iaitu Kit Siang.

Dipercayai, Kit Siang bakal bertanding di mana-mana kawasan ‘mudah menang’ di Pulau Pinang dan akhirnya berpotensi untuk diangkat menjadi Ketua Menteri kelima menggantikan Guan Eng.

Sementara itu, bekas ADUN Kota Laksamana yang juga isteri kepada Guan Eng iaitu Betty Chew Gek Cheng dikhabarkan bakal membuat kembali ke Melaka.

Manakala, tempat Kit Siang sedia ada pula dikatakan akan diganti oleh ahli DAP baru, Datuk Zaid Ibrahim bagi tujuan mengekalkan kerusi Parlimen Gelang Patah milik DAP.

Semua percaturan ini juga dipercayai menjadi penyebab mengapa 4 wakil rakyat DAP Melaka bertindak keluar parti. Manakala diramalkan terdapat lebih ramai pemimpin dan ahli DAP kini sedang menunggu tarikh untuk turut berbuat demikian.

Ahad lalu, empat wakil rakyat DAP dari Melaka memutuskan keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan dan kecewa dengan pucuk pimpinan.

Empat wakil rakyat tersebut ialah Ahli Parlimen dari Kota Melaka, Sim Tong Him dan 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Goh Leong San (Duyong), Lim Jack Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang).

CEC DAP yang sudah bertahun tidak selesai, kemasukan Mahathir dan monopoli keluarga Kit Siang jadi nanah terbesar dalam DAP sekarang.

Apapun,bersediakah rakyat Pulau Pinang untuk menerima Ketua Menteri kelima secara penyerahan baton ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *