Mahathir sengaja umumkan kekalahan pembangkang untuk cari simpati.

15/02/17: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka mengakui sendiri bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan menang jika PAS enggan untuk menyertai Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Dengan ini secara jelas bekas perdana menteri itu ‘mengumumkan’ kekalahan pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 akan datang meskipun musim berkempen belum lagi tiba.

UMNO dan BN digambarkan akan mengungguli pilihan raya jika PAS masih ego dan berpegang kepada prinsip tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN). PAS dan Pakatan Harapan juga akan tersungkur jika parti Islam itu membuat keputusan meletakkan calon dalam pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya akan datang.

Tindakan tersebut akan mengakibatkan penyokong parti lawan berbelah bahagi… Lantas perkara tersebut memberi peluang dan umpama menolong UMNO atau BN mendapatkan kemenangan.

Bagi Mahathir, mana-mana parti yang berniat untuk mewujudkan prtembungan tiga penjuru… Ia bermakna parti tersebut menyokong UMNO dan BN.

Dalam perkembangan lain… Mahathir menjelaskan bahawa sudah cukup baginya untuk melutut dan merayu di kaki PAS untuk menyertai Pakatan Harapan walaupun tempoh sebulan diberikan untuk membuat keputusan itu.

Ujarnya, partinya sudah cukup sabar untuk memujuk PAS dan sudah hilang arah dalam usaha untuk memikat semula hati parti Islam tersebut. Akan tetapi dalam masa sebulan tersebut parti bunga masih lagi terbuka kepada sebarang kemungkinan.

Terdahulu, pada 1 Februari Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah mengadakan satu pertemuan dan bermesyuarat dengan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di ibu negara kononnya untuk mencari jalan penyelesaian bagi kemelut politik kedua parti tersebut.

Namun begitu, sebaliknya berlaku apabila PAS pula memberi cadangan agar parti bunga tersebut meninggalkan Pakatan Harapan dan sertai pakatan PAS sekarang ini bagi menghadapi pilihan raya.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *