Mahfuz tak suka PAS dan UMNO kerjasama untuk Islam.

06/02/17: Makin lama makin pelik pulak Gomez tengok perangai Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar sorang ni… Mungkin dah mental agaknya. Patut ke Mahfuz mengeluarkan kenyataan seperti tidak suka PAS dan UMNO bekerjasama dalam isu melibatkan agama Islam.

Eshhhh teruknya…. Pemimpin PAS itu menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti sengaja membentuk pemikiran rakyat di negara ini dengan memainkan cerita berkenaan misi bantuan ‘Food Flotilla For Myanmar’.

Ujarnya, perdana menteri sengaja menghebohkan perkara tersebut bagi membuktikan bahawa UMNO dan PAS secara tidak langsung menjalinkan kerjasama walaupun secara tidak rasmi.

Padahal kerjasama yang terjalin itu hanyalah bertujuan sebagai melancarkan misi kemanusian dan berbakti demi agama Islam. Malah itu hanyalah satu usaha penyatuan ummah sesama saudara Islam tanpa mengira perbezaan parti politik. Langsung tiada kena mengena dengan agenda politik seperti yang dinyatakan Mahfuz.

Bukan itu sahaja, Mahfuz malah menuduh Najib sengaja mempolitikkan perkara tersebut demi meriah perhatian rakyat. Alahaaiiii mabuk ketum ke Mahfuz ni?? Misi tersebut atas dasar agama Islam dan kemanusiaan… Lagi pun perdana menteri tak pernah pun bahawa ia adalah misi khas dari parti PAS dan UMNO.

Nampaknya Mahfuz ni tak suka PAS dan UMNO berjuang dan bekerjasama demi umat Islam dan kebajikan sesama manusia. Misi tersebut hanyalah untuk meringankan beban etnik Rohingya yang ditindas. Bukannya untuk meraih undi dari etnik Rohingya pun haha!

Sebelum ini Najib telah menjelaskan bahawa misi bantuan oleh Kelab Putra 1Malaysia bersama NGO itu dijalankan atas keprihatinan terhadap penderitaan umat Islam etnik Rohingya di Myanmar. Tapi hairan, kenapa Mahfuz benci dan meluat sangat bila PAS dan UMNO bergabung demi Islam??

Mungkin Mahfuz hanya mahu PAS bergabung dengan Pakatan Harapan yang diketuai DAP sahaja… Demi meluaskan kuasa parti cauvinis tersebut agar mereka dapat terus menindas bangsa Melayu dan terus menjadi anti-Islam. –TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *