“Mak Mertua call 10 kali sehari.. Siapa boleh tahan?

01/02/2017 – Wanita mana yang tidak tertarik dengan lelaki berbudi penyayang, pemurah, bertanggungjawab, ikhlas dan jujur. Ramai wanita yang jatuh cinta dengan lelaki memiliki sifat baik seperti ini.

Sifat baik ini tertuntunya terbentuk atas didikan ibu bapanya. Malah, didikan ini juga menyebabkan anak lelaki sangat menuruti arahan dan permintaan keluarga terutama ibunya.

Perkara ini mungkin tidak menjadi masalah apabila lelaki itu masih bujang. Tetapi, mula menjadi konflik besar apabila sudah masuk ke alam rumah tangga dan menjadi seorang suami.

Tindakan suami menurut segala permintaan ibu membuatkan isteri sering kali ‘makan hati’. Perkara ini semakin parah apabila ibu beranggapan anak lelaki itu masih belum berkahwin dan hak miliknya sahaja.

Seorang wanita yang bergelar isteri telah membuat luahan perasaan mendapat seorang suami ‘anak emak’. Sepanjang berkahwin, hidup mereka sekeluarga seperti sudah di kawal seratus peratus oleh ibu mertuanya (MIL).

MIL seperti tidak senang duduk apabila tidak dapat menghubungi anaknya itu. Wanita ini mendedahkan sehari MIL akan menghubungi suaminya sebanyak sepuluh kali. Jika panggilan tidak diangkat MIL akan menghantar mesej memarahi suami dan menyifatkan anaknya itu sebagai anak derhaka.

“Saya tidak ada masalah besar, cuma masalah saya adalah MAK MERTUA. Dah kahwin pun still sibuk hal rumahtangga kami. Mil call suami saya sehari hampir 10 kali. Tanya khabar saya tak kisah tapi tanya dah mandi ke?makan apa?solat tak?harini buat apa?macam saya ni sebagai isteri tak reti nak jaga makan minum suami.

“Ini hari-hari telefon sampai suami terpaksa silent fon. Bila suami tak angkat fon aduh dia hantar WhatsApp buat karangan dan marah-marah kat suami cakap anak derhaka,tak taat.

“Kalau hari minggu tidur rumah Mil, selalu suka hati masuk bilik kami masa kami tidur. Patutnya ketuk la pintu dulu, mana tau saya tengah pakai baju ke apa. Memang dari kahwin sampai sekarang perangai macam tu. Seolah tak boleh tengok saya berduaan dengan suami.

“Masuk kali ni dah tiga kali suami saya berhenti keja sebab kena ikut dan dengar cakap Mil. Kata suruh meniaga saja, bila suami nak ambil pekerja mil tak bagi. Takkan semua benda suami nak buat sendiri.

“Bila berdiam hati pula sakit, dah tua-tua ni tumpukanlah perhatian pada masjid, mengaji al-quran dan perbanyakkan amal ibadah. Urusan anak-anak biar mereka uruskan sendiri. Mereka dah dewasa dan dah pandai berfikir,” tulisnya.

Pelbagai reaksi oleh netizen, ada yang mengkritik dan ada bersimpati dengan nasib menimpa wanita itu. Syurga di bawah tapak kaki seorang ibu, minta suami untuk berbincang dengan ibunya untuk menyelesaikan masalah.

Ibu mertua masuk campur hal rumah tangga anak juga boleh menyebabkan rumah tangga anak-anak bercerai-berai. – Miss A/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *