Malaysia Kucing Asia? Mahathir cemburu kejayaan yang dilakukan oleh DS Najib

23/2/2017– Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kesal apabila Malaysia didakwanya telah hilang status sebagai “Harimau Asia” berikutan prestasi ekonomi yang mengagumkan suatu masa dahulu.

Menurut Mahathir, pada suatu masa dahulu Malaysia telah dipanggil Harimau Asia, hari ini Malaysia tidak lebih seperti seekor kucing.

Malah beliau mendakwa Malaysia telah menjadi salah satu daripada sepuluh negara yang “korup” di dunia.

Beliau kemudian secara sinis mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana “pencapaian” tersebut.

Mahathir berkata demikian dalam tulisan terbaru di blognya pada 21 Februari lalu.

Jika dilihat tujuan Mahathir berbuat demikian adalah untuk memperkecilkan Najib walaupun apa yang dikatakannya itu boleh dipersoalkan.

Sejak bila pula Malaysia pernah dimasukkan dalam kelompok Harimau Ekonomi Asia? Kalau diikutkan hanya empat buah negara yang pernah dianggap sebagai Harimau Ekonomi Asia iaitu Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan dan Singapura.

Ini menunjukkan Mahathir mungkin keliru dengan gelaran Tiger Club Economies (“Ekonomi Anak Harimau”) dengan “Tiger CLUB Economies” ( Kelab Harimau Ekonomi Asia).

Tiger CLUB Economies merujuk kepada empat buah negara Asia Tenggara iaitu, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand.

Tidak dinafikan Malaysia pernah dianggap sebagai Harimau Muda Ekonomi Asia (bukan Harimau) bersama negara Asia Tenggara lain berikutan pencapaian pertumbuhan ekonomi negara yang seiring dengan empat harimau Asia dari segi model ekonomi tetapi dalam skala kecil.

Ia hanya sekadar gelaran yang diberikan, bukannya mendapat pengiktirafan daripada mana-mana pihak atau pakar ekonomi pun.

Kalau diikutkan kepada dakwaan Mahathir, Malaysia sudah pun muflis sejak beberapa tahun lalu.

Mahathir mungkin lupa bahawa lama sebelum beliau meletak jawatan, Malaysia sudah bertukar rupa dari “Anak Harimau” kepada kucing berikutan krisis ekonomi 1997 berlarutan sehingga 2001.

Enam tahun setelah krisis kewangan 1997 (2003), majalah terkemuka Time menganggap empat negara “Tiger Cub Economies” sudah menjadi “kitten”.

Malah penganalisanya juga ragu-ragu sama ada empat negara ini mampu bangkit semula.

Mahathir perlu sedar ketika beliau bersara Malaysia bukan lagi “Harimau Muda” tetapi sekadar kucing liar yang menunggu masa untuk disembelihkan dengan kadar inflasi yang tinggi dan ekonomi yang tidak kompetitif.

Selain itu, kadar pertumbuhan ekonomi dan pendapatan negara juga turut merosot ketika itu.

Bagaimanapun, hari ini banyak bukti yang boleh ditunjukkan bahawa ekonomi negara terus berkembang dan ia dibuktikan melalui fakta serta statistik, bukannya dengan bercakap gah semata-mata.

Semua indikator ekonomi dunia menunjukkan negara telah mencapai kemajuan berkali ganda lebih baik berbanding semasa zaman akhir pemerintahan Mahathir.

Malaysia hari ini sedang melangkah kembali ke dalam peta ekonomi dunia dan mungkin sekali lagi boleh dianggap sebagai “Rejuvenation” (kemunculan semula) Harimau Muda Ekonomi Asia.

One thought on “Malaysia Kucing Asia? Mahathir cemburu kejayaan yang dilakukan oleh DS Najib

  • March 20, 2017 at 12:22 am
    Permalink

    ok apa kucing asia.. comel dipandang.. boleh dibelai.. suka bermanja.. malaysia kucing asia.. mesti bangga tau..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *