Man. United Dan Ronaldo Paling Berpengaruh Di China

Dalam edisi ke-6 Red Card, mereka telah mengiktiraf Manchester United sebagai kelab yang paling diikuti di alam maya di China.

Analisis Red Card adalah berdasarkan engagement di media sosial melibatkan peminat dari China. Ianya melibatkan 53 kelab yang paling berpengaruh di Eropah.

Ianya dijalankan dengan melihat tahap aktiviti oleh peminat bola sepak bersembang ataupun berkongsi tentang kelab-kelab bola sepak, pemain dan juga liga.

Ada 4 platform media sosial utama yang dijadikan asas analisis iaitu Weibo, Twitter, WeChat, dan Facebook.

Red Card turut menganalisis data penstriman oleh pengguna ke atas video yang berkaitan termasuk kunjungan ke laman rasmi kelab.

Selain itu mereka juga menganalisis dalam e-dagang dan tontonan perlawanan, langganan konten oleh para peminat di China dan banyak lagi aspek.

Man. United dan Ronaldo teratas

Musim lalu, Bayern Munich adalah kelab yang berada di tangga teratas. Namun kali ini mereka dipintas oleh Manchester United.

Arsenal, Liverpool dan Manchester City berada di 5 teratas. AC Milan berada di tangga ke-7 kerana kaitan mereka dengan bakal pemilikan oleh syarikat China.

Namun begitu, dari segi liga, Bundesliga masih liga Eropah yang paling diikuti di China berbanding dengan EPL.

Dari segi pemain pula, Cristiano Ronaldo menjadi pilihan utama. Agak mengejutkan di tempat kedua adalah Mesut Ozil bukannya Lionel Messi. Di tangga ke-3 adalah Gareth Bale.

Lionel Messi gagal memecah masuk dalam senarai 10 teratas untuk pemain paling diikuti di alam maya.

Spekulasi kuat mengaitkan Rooney ke China beberapa minggu kebelakangan ini membolehkan Rooney berada di tangga ke-5.

Mungkin ranking ini akan menurun selepas ini kerana Rooney mengesahkan dia mahu kekal di United sebentar tadi ketika artikel ini ditulis.

Red Card juga menyatakan, kelab-kelab EPL secara puratanya diikuti ramai namun kurangnya engagement dengan peminat.

Ia berbeza dengan Bundesliga yang lebih interaktif dengan para peminat. Red Card juga menegaskan, ada beza di antara following dan engagement.

Data ini penting dan boleh dijadikan panduan untuk kelab-kelab Eropah menarik lebih banyak minat daripada China.

China adalah kuasa konsumer yang sangat besar dalam pasaran global. – sb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *