Mat Sabu bakal jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang selepas PRU14.

27/02/17: Desas-desus yang semakin pasti kesahehannya mendakwa bahawa Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu bakal menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) ini.

Perkhabaran tersebut dikukuhkan lagi apabila Mohamad Sabu atau lebih glamour dengan panggilan Mat Sabu dikatakan bakal bertanding di kerusi DUN Permatang Pasir dan mencabar kubu YB Salleh Man dari PAS.

Pengesahan mengenai perkara tersebut juga telah dibuat sendiri oleh kawan baik Mat Sabu ketika dalam majlis ramah mesra dengan rakyat. Nampak sangat yang Mat Sabu ni sebenarnya tamak dan mahu membolot semua kuasa.

Dah la dekat DUN pun dia nak bertanding…, Kemudian di Parlimen pun nak bertanding jugak! Tapi di Parlimen Mat Sabu hanya mampu bersaing di kerusi selamat je. Persoalannya ada ke kerusi selamat untuk Mat Sabu?

Malah, adakah rakyat akan menerima dan menyokong Mat Sabu di Permatang Pasir?? Kalau nak ikutkan Mat Sabu hanya pernah memang tiga kali je di Parlimen itu pun sebab belas ihsan dan tiket PAS. Sekarang ni dia nak menang mudah, dia guna tiket DAP pulak.

Terdahulu Mat Sabu pernah menang di kerusi Parlimen P10 Kuala Kedah P24, Kubang Kerian dan P22, Nilam Puri. Mat Sabu ni hanya berani bertanding di kawasan yang menjadi kubu kuat DAP…, Hanya dengan cara itu apat menjamin kemenangannya.

Boleh jadi DAP akan memberi ganjaran jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang kalau Mat Sabu menang. Entah-entah jawatan Ketua Menteri terus kot memandangkan tak lama lagi Lim Guan Eng bakal ke penjara dan sekarang ni pun banyak ahli DAP tak puas hati kat dia.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *