Mekanik buta miliki ‘tangan ajaib’ bila pegang motorsikal.

BATU GAJAH — Walau dilahirkan tanpa penglihatan, mekanik kurang upaya ini dapat “melihat” bahagian-bahagian motosikal dengan tangannya.

Azhar Ibrahim, 34, juga dapat mengesan kerosakan sesebuah motosikal hanya dengan mendengar bunyi enjin, lapor akhbar The Malay Mail.

“Saya melihat dengan tangan. Apabila sentuh bahagian motosikal, saya tahu bezakan skru, kotak silinder, sproket dan bahagian-bahagian lain,” katanya.

Beliau tidak mendapat sebarang latihan rasmi atau menghadiri sebarang kursus.

Tunjuk ajar rakannya Saiful Azmir, 26, selama sebulan sudah cukup sehingga kemahiran itu mengejutkan penduduk kampung.

Kini beliau sudah membaiki ratusan motosikal di bengkel di rumahnya di Batu 6, Jalan Tanjung Tualang dekat sini sejak lima tahun lalu.

Minat mendalamnya bermula tujuh tahun lalu apabila motosikal bapa tirinya Zaini Zailan sering rosak walau sudah diperbaiki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *