Menantu Pening, Ibu Mertua Suka Tidur Sekali

14/02/2017 – Apabila anak-anak sudah berumah tangga dalam Islam sendiri tidak membenarkan ibu bapa untuk mencampuri urusan rumah tangga anak-anak. Perkara ini dikhuatiri akan mendatangkan keburukan.

Mertua tidak boleh masuk campur urusan anak mereka melainkan untuk mendamaikan rumah tangga dan ke arah kebaikkan. Namun, seorang wanita bukan sahaja berhadap dengan mertua yang suka masuk mencampur urusan rumah tangga.

Malah, mertua setiap hari akan tidur sekali bersama anak lelaki dalam bilik kelamin mereka. Alasan yang digunakan ibu mertuanya adalah takut untuk tidur sendiri.

Perkara ini telah berlarutan hampir beberapa bulan, menyebabkan wanita itu berasa rimas berhadapan situasi seperti ini setiap hari. Selepas solat isyak sahaja dalam jam sembilan, ibu mertuanya akan mengetuk pintu bilik kelamin mereka dan meletakkan tilam sebelah katil dan tidur sekali.

“Sejak dari bulan 9 sampai sekarang masih macam tu juga perangainya. Kadang-kadang memang rimas, lepas solat isyak dalam pukul 9 macam itu. Mak mentua ketuk pintu lepas tu letak toto sebelah katil dan tidur.

“Kadang-kadang kalau waktu siang lepak dengan suami dalam bilik, tak sampai 10 minit dah jerit panggil suami keluar. Kalau duduk disofa dengan suami dia dah tengok semacam.

“Kalau suami cakap elok-elok tegur, ibu mertua menangis dan merajuk pula. Buntu saya dan suami, kalau kakak ipar balik pun tetap tidur dengan kami. Apa perlu saya buat?” katanya.

Sehingga kini wanita itu masih lagi buntu untuk menyelesaikan masalah dengan ibu mertuanya itu.

Disebabkan sikap ibu mertua seperti ini boleh menyebabkan rumah tangga anak musnah. Ibu bapa sepatutnya memberi privasi pada anak-anak yang sudah berkahwin. Apabila anak-anak sudah berkahwin,anak-anak bukanlah hak ibu bapa sepenuhnya. -MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *