Mengapa Mufti Perlis tergamak hina hudud?

– Oleh anaabdullah

Penulis tidak tahu perasaan lain lain orang,mengenai DR Mohd Asri Zainal Abidin mufti perlis ini. Beliau ketika bercakap bertajuk sejauh mana anda memahami hudud anjuran Angkatan Amanah merdeka berkata,

“Apa yang salah sekarang ini kita beri gambaran pada dunia apa yang kita katakan keadilan, apabila dipotong tangan pencuri, disebat orang berzina, minum arak maka terlaksana keindahan Islam.

“Ini gambaran paling salah yang cuba diberikan sekelompok manusia termasuk IS. Tindakan itu hanya membenarkan dakwaan Presiden Amerika Donald Trump yang dunia Islam adalah dunia mengganas,” katanya Asri melalui sebuah portal berita.

Tidak dinafikan beliau ada penyokongnya, akan tetapi penulis sangat malu ada seorang mufti seumpama ini di Malaysia kini.Tindakan itu seolah olah mahu cuba jadi ulat dalam buah delima.

Bayangkan, seorang mufti yang ada ijazah PHD (DR) boleh berkata potong tangan pencuri dan rejam dengan batu pada penzina dan sebat pada orang minum arak hilangnya keindahan Islam.

Pada mufti Perlis, keindahan islam tidak duduk pada hukum potong tangan pada pencuri, rejam dengan batu pada penzina dan sebat pada peminum arak.Malah islam jadi buruk apabila terlaksana hukum potong tangan, hukum rejam dan hukum sebat.

Barangkali Islam jadi indah apabila tidak potong tangan pecuri tidak sebat orang minum arak dan tidak rejam penzina

Hal ini telah disahkan sendiri DR Maza bahawa ini gambaran paling salah yang cuba diberikan sekelompak manusia termasuk IS.Tindakan ini hanya membenarkan dakwaan presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang dunia Islam adalah dunia mengganas.

Yang hairannya macam mana Dr Maza seorang mufti yang berautoriti dalam bidang fatwa boleh setuju dengan dakyah presidean Amerika Syarikat Donald Trump Kafir Yahudi itu.

Peliknya ia tidak percaya dan yakin dengan penyataan qat’ i dan perintah Allah bahawa kita kena laksana potong tangan pada pencuri, kena laksana 100 sebat pada peminum arak dan kena laksana rejam pada penzina.

Yang paling pelik lagi dari mana ajaran gambaran tersebut suatu paling salah, sedangkan itu adalah perintah dan Rasulullah SAW pernah berkata Fatimah anak aku jika mencuri aku potong tangannya.

Kalau kata kata potong tangan penccuri, rejam terhadap penzina dan sebat dengan peminum arak terrbit dari mulut orang orang ajaran sesat tak mengapalah, kerana mereka sesat, akan tetapi kata kata itu terbit dari mulut dan lubuk hati seorang mufti yang adalah gelaran PHD (DR).

Malu dan memalukan!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *