Neelofa Tak Tolak Jika Ada Jodoh Dengan Kerabat Diraja

07/02/2017 Kuala Lumpur – Pengacara dan pelakon popular, Neelofa mengakui dirinya sedang berkawan dengan seorang kerabat diraja seperti yang sudah tersebar di laman sosial.

Neelofa bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai status huungan yang terjalin antara kerabat diraja sebebut.

Tetapi, Neelofa tidak menafikan kerabat diraja tersebut seorang sahabat yang baik.

“Saya dan dia memang sedang berkawan. Saya tidak nafikan perkara tersebut. Dia memang seorang sahabat yang baik.

“Berada dalam kedudukan saya sebagai seorang selebriti dan kedudukan dirinya sebagai seorang kerabat, kami tak mudah untuk lari daripada andaian orang lain.

“Saya sendiri sudah bersiap sedia dengan segala andaian orang kerana masing-masing masih solo,” kata Neelofa.

Namun begitu, Neelofa berharap semua pihak memahami kedudukan dan memberi ruang mengenai perkara ini. Dirinya tidak patut ditekan dengan persoalan yang sepatutnya tidak dibangkitkan.

Sementara itu, netizen mengkritik Neelofa kerana mengakui berkawan dengan kerabat diraja. Ada sesetengah pihak merasakan Neelofa ‘berangan’ mahu menjadi kerabat diraja.

“Berangan la nak jadi ‘isi perut’ kerabat, tak mahu pun kerabat dengan Neelofa ni,” komen pengguna laman sosial. MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *