Nelayan Bagan Jermal bakal pupus bila Hutan Bakau ditebang Kerajaan DAP.

21/02/17: Saki baki Hutan Bakau yang terletak di sepanjang pantai utara Pulau Pinang dijangka bakal dihapuskan bagi memberi laluan kepada pembangunan di kawasan tersebut. Penghapusan tersebut sekali gus bakal mengakibatkan mata pencari nelayan di Bagan Jermal terjejas.

Bukan itu sahaja, nelaya di kawasan tersebut juga bakal pupus disebabkan tindakan kerajaan DAP yang mahu menebang Hutan Bakau tersebut. Mereka mengadu bahawa kawasan seluas 10 padang bola sepak itu telah dibersihkan oleh DAP.

Juga kelihatan satu papan tanda tertulis “Lesen Mengambil Hasil Hutan” (Lesen untuk mengumpul hasil hutan) terpampang di hadapan pintu masuk tapak projek.

Seorang nelayan, Harun Abdul Rashid, 53, memberitahu kebiasaannya mereka menangkap ketam, ikan dan udang putih di kawasan paya bakau tersebut dan ia menjadi sumber pendapatan mereka. Namun kini paya bakau telah ditebang dengan alasan mahu membuat pembangunan.

Agak korang apa yang bakal terjadi kepada nasib nelayan di kawasan tersebut lepas ni?? Kehidupan laut bukan sahaja bakal terjejas kerana pembangunan malah ia dirampas dengan kejam oleh kerajaan DAP. Apa nasib anak-anak nelayan pada masa depan? Mampukah mereka menyambung tradisi nelayan yang ditinggalkan.

Tambah Harun, kawasan tersebut menjadi tempat mencari rezeki mereka sekeluarga sejak dari zaman nenek moyang lagi… Pada zaman datuknya… Dan juga bapanya… Kini dirnya sendiri kawasan tersebut digunakan untuk menangkap ikan.

Bagi dirinya sendiri sudah 40 tahun dia menamkap ikan disitu dan mampu membawa pulangan antara RM2,000 dan RM3,000 dalam tangkapan hariannya. Tapi itu dahulu, sekarang ni nak dapat RM300 pun susah… Siap kena turut laut selama dua hari berturut-turut pulak tu.

Mengimbau kisah dahulu, Harun mendakwa pernah membawa pulang antara 30kg dan 40kg ketam hasil tangkapan di paya bakau tetapi kini nak dapat 2kg pun susah.

Sementara itu, nelayan dari Tanjung Tokong juga turut menyatakan ketidak puasan hati terhadap tindakan kerjaaan DAP itu di laman Facebook mereka. Menganggap bahawa tindakan tersebut bakal menjejaskan ekosistem hidupan laut, mereka juga mendakwa kawasan tersebut sering menjadi persinggahan burung yang berhijrah.

Ternyata Persatuan Pengguna Pulau Pinang juga sangat kecewa dengan kekejaman dan kezaliman kerajaan DAP kerana mahu menghapuskan kawasan paya bakau demi pembangunan. Nampak sangat yang DAP ni lebih pentingkan pembangunan dan kekayaan jika dibandingkan dengan melindungi alam sekitar dan kehidupan rakyat, terutamanya nelayan.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *