Nora Danish Akan Kurangkan Berlakon

Pelakon popular, Nora Danish ingin mengurangkan aktiviti lakonannya untuk memberi fokus kepada perniagaan yang sedang dijalankan.

Menurut Nora, 36, dia tidak mahu lagi menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya utama seperti yang dilakukan selama ini.

“Selepas ini saya ingin memberi fokus sepenuhnya kepada perniagaan yang telah dijalankan beberapa tahun lalu.

“Jika saya berlakon pun ia hanya dijadikan sebagai hobi sahaja dan tidak serius seperti lima tahun lalu.

“Jika boleh tahun ini saya nak berlakon dalam sebuah drama bersiri kerana ia perlu untuk kekalkan nama saya dalam industri.

“Tambahan pula saya ada perniagaan jadi saya tak boleh berhenti terus,” katanya kepada Astro Gempak.
Nora berkata demikian ketika ditemui pada majlis pra tonton filem Surga Yang Tak Dirindukan 2, di GSC Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain Nora, filem SYTD 2 turut dibintangi oleh Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella, Raline Shah dan Reza Rahadian.

Filem arahan pengarah terkenal Hanung Bramantyo itu telah ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 16 Februari lalu. – aw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *