PAN tuduh harga ikan naik disebabkan Petrol dan GST.

JOHOR BHARU: Kehidupan rakyat semakin terdesak berikutan melonjaknya harga barang keperluan termasuk kenaikan mendadak harga ikan sehingga mencecah ke tahap seratus peratus, tegas Ketua Wanita AMANAH Johor, Norhayati Bachok.

Menurut beliau, perbandingan harga yang sangat menekan seperti dilaporkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia sepanjang pada awal tahun 2016 cukup membuktikan betapa deritanya rakyat untuk bertahan.

“Harga ikan-ikan ini, kita dapati telah mengalami kenaikkan sekitar tujuh peratus hingga seratus peratus.

“Ini memang membebankan pengguna atau pembeli yang rata-ratanya adalah rakyat kebanyakan. Kenaikkan ini juga berlaku pada hari-hari biasa dan bukan dimusim perayaan,” katanya dalam satu kenyataan di sebuah portal pembangkang.

Norhayati mendakwa, kenaikkan harga ikan di pasaran adalah berpunca dengan kenaikkan harga minyak yang tidak menentu serta ditambah dengan cukai perkhidmatan (GST) yang dikenakan oleh pihak kerajaan terhadap rakyat.

Beliau juga mendesak kerajaan agar meningkatkan keprihatinan dalam menangani masalah ini dan diperlihatkan mengenai ketidak tentuan kenaikkan harga minyak yang terlalu mendadak agar kawalan harga keperluan dapat dibendung.

Bagaimanapun, menurut nelayan disekitar Kuala Muda yang ditemui menjelaskan, harga ikan kembung yang meningkat sehingga RM25 sekilogram kini berpunca dari angin monsun timur laut yang sedang melanda.

Fenomena monsun berkenaan dijangka akan berlarutan sehingga April ini sekali gus menyebabkan ramai nelayan bimbang ke laut untuk menangkap ikan berikutan angin kencang dan ribut.

Angin kuat dan ribut yang melanda sejak kebelakangan ini menjadi punca mereka tidak berani turun ke laut selain ikan temenung yang kurang akibat aktiviti pukat jerut lampu dan tunda.

Wakil nelayan Kuala Muda, Saedon Salleh, 45, berkata, sudah dua minggu keadaan begitu berikutan angin cuaca tidak mengizinkan menyebabkan ramai nelayan terutama bot pukat temenung tidak berani turun ke laut.

“Jika keluar pun hanya separuh jalan saja, belum sempat labuh pukat dipukul angin kuat terpaksa tarik naik pukat dan segera balik ke jeti kerana takut bot terbalik.

“Hari ini, jam 9 pagi sudah kena angin kuat belum sempat labuh pukat. Musim monsun timur laut memang begini dan ia berlarutan sehingga April depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *