Pelajar Kolej Polytech Mara Buang Bayi Dalam Bilik Asrama

08/02/2017 Kota Bharu – Satu janin yang dipercayai jantina lelaki telah ditemui di dalam bakul sampah di sebuah bilik asrama pelajar perempuan di sebuah kolej swasta semalam di sini.

Penemuan janin itu telah menggemparkan warga kolej swasta. Janin yang sudah cukup sifat itu dipercayai ditemukan oleh warden asrama berkenaan kira-kira jam 3 petang.

Sebelum penemuan janin bayi itu, warden asrama dikatakan telah terdengar perbualan beberapa pelajar mendakwa ternampak kesan darah di atas katil salah seorang penghuni bililk itu.

Warden asrama telah membuat pemeriksaan di bilik itu dan menemui kain cadar dipenuhi darah dalam baldi dan menemui beg plastik berisi janin bayi di dalam bakul sampah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad telah mengesahkan penemuan janin bayi itu.

Rata-rata netizen mengkritik hebat sikap manusia yang tidak berperikemanusian sehingga sanggup membuang bayi yang dilahirkan.

“Bayi itu tidak salah pun, di buang macam sampah je. Dia pun nak hidup juga macam kita,” ujar Siti Syahirah. –MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *