Pemuda ‘Degree’ kongsi pengalaman cari kerja di Malaysia.

23/02/2017 – “Saya mohon banyak kerja tapi semua tak ada jawapan” mungkin itu kata-kata yang sering kali diungkapkan anak muda dan juga para graduan. Antara alasan yang digunakan kenapa mereka masih lagi menjadi seorang penganggur.

Namun begitu, seorang lelaki menggunakan nama panggilan Dee berusia 25 tahun berkongsi pengalaman bekerja selepas tamat pengajian. Dee juga mendedahkan banyak kerja yang ada, antara mahu atau tidak sahaja.

Setelah tamat pengajian degree pada usia 23 tahun, Dee adalah seorang anak muda yang tidak boleh duduk diam di rumah walaupun masih tidak mendapat pekerjaan. Peluang yang ada ini digunakan untuk mencari pekerjaan walaupun melakukan kerja biasa, Dee langsung tidak kisah janji mendapat pengalaman.

“Saya tamat pengajian pada usia 23 tahun. Disebabkan saya jenis tak boleh duduk diam jadi penting untyk saya mencari pekerjaan secepat mungkin. Jadi, saya bekerja di kedai kopi sementara menunggu keputusan degree saya keluar. Gaji pertama saya RM300 bekerja dari pkl 7am sehingga 3pm. Dapat extra RM5/day kalau turun pukul 5am.

Seronok bergaul dengan pekerja situ dan diorang tak tahu pun saya ada degree sebab saya tak pernah cerita. Saya belajar cara buat air, cara memasak. Dari situ juga saya belajar cara bercakap dan handle macam-macam jenis customer. Saya belajar serba sedikit tentang stock, invoice,” ujarnya.

Ibu bapa Dee bukanlah orang susah dan bukan juga orang senang, tetapi masih lagi mampu menyara anak-anak termasuk Dee. Tetapi, Dee akui malu duduk di rumah tidak bekerja. Gaji yang diperolehi bekerja di kedai kopi digunakan dengan cermat dan diberikan sedikit pada adik-adik.

Selama sebulan bekerja di kedai kopi itu, Dee telah mendapat kerja di tempatnya pernah membuat praktikal di firma audit di sekitar Sabah. Bermulanya kerja Dee sebagai Audit Assintant dan bergaji RM1200, tetapi Dee bekerja di situ tidak lama setahun lebih sahaja.

“Untuk jimat, saya naik motor sahaja. Saya jenis punctual. Hujan ribut taufan ke saya tetap datang tepat. Kalau lambat 5 minit pun saya akan call supervisor.

“Akibat working environment yang stress dan hubungan antara staff tak berapa best. Saya nekad nak keluar cari kerja lain. Saya habiskan cuti untuk attend interviews. Saya list out semua company di sekitar Sabah dan dapatkan email dan nombor telefon. Saya submit resume dan selalu follow up dengan phone call. Saya bertahan sementara dapat kerja lain,” tulisnya.

Dee tidak menghabiskan masa dengan berseronok setiap hari minggu Dee akan mengikuti kursus-kursus seperti perniagaan online dan seminar usahawan. Malah, Dee juga suka mengikuti seminat anjuran agensi insuran sebab nak ‘boost up confident level and build network with people’.

Setelah berhenti bekerja Dee telah mendapat kerja sebagai Human resource Executive di sebuah syarikat besar, gaji bersih yang Dee adalah RM2,400. Dee adalah eksekutif termuda memegang jawatan itu.

Tidak lama selepas itu rezeki telah berpihak pada Dee pada tahun 2017 Dee telah ditawarkan kerja di sektor kerajaan. Semasa mahu menghantar surat berhenti kerja senior manager Dee berkeras tidak mahu Dee berhenti kerana dia suka personaliti Dee yang susah untuk cari pekerja baru seperti Dee.

“Adik-adik yang baca confession ni mesti kata “Allah mudahnya dia dapat kerja” TAK. tolak tambah bahagi darab, saya dah attend berpuluh-puluh interview dan exam untuk dapat kerja. Beratus-ratus duit habis untuk tambang bas, teksi dan kos photostat resume sijil-sijil saya ulang alik interview. Pesanan saya, keluarlah cari pekerjaan apa-apa kerja. Build your network by get to know other people. Learn from their experiences. They can help you.

“Last but not least, kalau pointer adik-adik tak okay macam saya. Kerja la apapun, mula dari bawah dan untuk masuk industri bukan mudah. Build your platform and map your journey to achieve ur dream. Buang ego “aku degree aku tak layak kerja macam ni, aku patut dapat gaji besar”. Put that aside,” ujar Dee.

Tidak salah untuk bekerja dari bawah untuk mendapat pengalaman. Walaupun memilik sijil tinggi tidak bermakna anda harus terus menjadi pengangur dan tidak mahu memohon pekerja biasa kerana rasa tidak layak. Ada sahaja kerja tetapi ramai yang tidak mahu bekerja biasa kerana merasakan kerja itu tidak setaraf dengan kelayakan mereka. MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *