Pendedahan BILIK 39 – Bilik Clandestine Durjana Korea Utara

Tahukah anda, Korea Utara mengambil keuntungan dari aktiviti-aktiviti haram seperti pengedaran dadah, pemerdagangan manusia, penipuan insurans serta perdagangan senjata?

BILIK 39 atau Room 39 yang secara rasminya dikenali sebagai Central Committee Bureau 39 of korean Worker’s Party serta Office 39/Division 39 adalah badan rahsia yang bertanggungjawab untuk mengendalikan pelbagai ‘aktiviti ekonomi’ untuk memastikan simpanan kewangan luar negara Korea Utara kukuh untuk ketua negara mereka.

Badan ini telah lama beroperasi semenjak kepimpinan pertama mereka, Kim Il-Sung sehinggalah sekarang, Kim Jong-Un. Bilik 39 adalah salah satu badan kritikal yang membolehkan Kim Jong-Un terus berkuasa dan membiayai program persenjataan negara tersebut termasuklah program nuklear mereka.

Begitu pentingnya organisasi kepada pemimpin mereka sehinggalah menempatkan pejabat operasi mereka berhampiran dengan kediaman Presiden. Badan ini sememangnya berusaha untuk membeli arak berkualiti tinggi, makanan eksotik serta kereta mewah untuk kegunaan pemimpin mereka, walhal rakyat Korea Utara mengalami kesempitan hidup dan kebuluran.

Bilik 39 turut bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan melalui pendapatan luar negara Pyongyang melalui pengoperasian hotel-hotel asing, perlombongan emas dan zink, eksport produk pertanian dan perikanan.

Pengoperasian Bilik 39 adalah dilakukan secara licik dan menggunakan proksi seperti syarikat-syarikat dan badan kewangan.

Berdasarkan laporan EU, antara nama-nama yang disenaraikan sebagai proksi Bilik 39 adalah

– Green Pine Associated Corporation (turut dikenali sebagai Chongsong Yonhap; Ch’o’ngsong Yo’nhap; Saengpil Associated Company; General Precious Metal Complex (GPM); Myong Dae Company; Twin Dragon Trading (TDT)))

-Hesong Trading Corporation

-Korea Complex Equipment Import Corporation

-Korea Heungjin Trading Company

-Korea International Chemical Joint Venture Company (turut dikenali sebagai: Choson International Chemicals Joint Operation Company; Chosun International Chemicals Joint Operation Company; International Chemical Joint Venture Corporation)

-Korea Kwangsong Trading Corporation

Senarai penuh ini boleh didapati di http://eur-lex.europa.eu/legal-content/EN/TXT/…

Di Malaysia, sekurang-kurangnya 2 entiti sudah dikenalpasti sebagai entiti milik Korea Utara. Satu adalah Restoran Pyongyang (seperti dalam gambar) dan terbaru Glocom, sebuah syarikat peranti elektronik yang berpusat di Malaysia.

Kedua-dua entiti ini telah dikenalpasti oleh perisikan negara kita sebagai entiti yang dikuasai oleh agensi perisikan Korea Utara, Reconnaissance General Bureau. Restoran Pyongyang memiliki beberapa cawangan yang dipercayai digunakan sebagai safe house untuk operasi RGB manakala Glocom telah dikesan sebagai front cover penjualan peralatan komunikasi buatan Korea Utara ke Eritrea oleh PBB baru-baru ini.

Oleh yang demikian, kita perlu meminta pihak berwajib untuk membongkar aktiviti-aktivit yang dilakukan oleh pihak-pihak sebegini. cc: BNM dan KDN.

Berdasarkan testimoni yang disampaikan kepada Kongres Amerika Syarikat pada tahun 2013, Korea Utara turut mengalakkan aktiviti-aktiviti seperti penyeludupan dadah, penyeludupan senjata, penjualan bahan nuklear dan peluru berpandu balistik, pemalsuan matawang US Dollar, rokok tiruan dan bahan perubatan sebagai cara untuk mendapatkan dana kepada negara tersebut.

Menurut rekod, keuntungan dari aktiviti-aktiviti sebegini akan diagih-agihkan kepada golongan elit Korea Utara, pemerintah tertinggi angkatan tentera, dan juga membiayai gaya hidup mewah pemimpin mereka. Selain daripada itu, mereka turut menggunakan wang tersebut untuk membiayai program persenjataan mereka.

Pada tahun 2009, Korea National Insurance Corp telah terlibat dalam pemalsuan insurans global dan sebarang cubaan untuk mencabar tindakan syarikat tersebut oleh pelanggan insurans gagal kerana kontrak tersebut dilindungi oleh Pyongyang.

Maka, tidak hairanlah aparatus perisikan Malaysia dan juga negara jiran mula membongkar satu per satu muslihat Korea Utara di negara masing-masing.

Sesungguhnya, Korea Utara lupa bahawa Malaysia merupakan satu-satunya negara yang berjaya menundukkan ancaman komunis di peringkat dunia. Kejayaan PDRM untuk menangkap saspek-saspek dalam tempoh kurang daripada 24 jam selepas serangan adalah satu pencapaian yang menakjubkan kerana berdasarkan rekod ke atas serangan cubaan membunuh Kim Jong-Nam sebelum ini, tiada saspek yang berjaya ditahan dan paling keras pun adalah untuk menghantar nota bantahan diplomatik (ini berdasarkan kes di Finland).

Misi Korea Utara untuk membunuh abang tiri presiden mereka dikatakan berjaya tetapi bak kata pepatah Inggeris – won the battle but lose the war. Itulah situasi yang dihadapi oleh Korea Utara sekarang. Kenapa? Tunggu penerangan selanjutnya dari kami. – mmp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *