Peniaga Air Berang Perniagaan Terganggu Dan Ugut Rogol

15/02/2017 Kuala Lumpur – “Kau panggil boss kau sini. Kau senyum pahal?! Aku rogol kau sini, kang!” antara kata-kata yang dilontarkan seorang lelaki merupakan peniaga air kepada dua individu yang telah berniaga air di tempat yang sama.

Tular video ini di media sosial apabila lelaki itu dikatakan tidak berpuas hati dengan peniaga baru yang dikatakan telah menggangu perniagaan mereka. Disebabkan terlalu berang dengan dua individu itu, lelaki ini telah mengeluarkan kata-kata ugutan dan lucah.

“Korang berniaga air, aku berniaga air, apa cite? Korang baru, masuk tempat kitorang, salam pun tak bagi. Bagi salam dulu la wei! Tak ada adab? Pakai tudung? Bur*t korang pakai tudung. Lanj*ao!” kata lelaki itu.

Netizen agak kesal dengan tindakan lelaki itu dan menyifatkan lelaki itu sangat biadap terhadap mangsa. Malah, tidak menjadi satu kesalahan untuk peniaga lain menjual produk yang sama kerana rezeki itu Allah yang tentukan.

Sementara itu, lelaki dalam video dikenali sebagai Pieyan telah tampil mendedahkan dirinya menjadi mangsa keadaan. Peniaga berkenaan terlebih dahulu menyerang mereka dengan membawa gangster bagi menakutkan mereka.

“Video yang telah pun diviralkan itu adalah saya. Cerita di sebalik kes ini adalah tidak betul. Saya tidak akan membabi buta menyerang orang tanpa sebab.

“Sebenarnya pihak dia telah menyerang kami dulu dengan membawa gengster sehingga menyebabkan pelanggan kami lari ketakutan,” katanya. Pieyan dikatakan telah membuat laporan polis untuk menjernihkan semula keadaan dan meminta semua pihak untuk memadam videonya itu. MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *