Penjaga gol Sutton United, Wayne Shaw Bakal Dihukum FA England

Penjaga gol Sutton United, Wayne Shaw yang mencipta tumpuan ketika ini dikatakan bakal dihukum oleh pihak FA England.

Hal ini kerana, beliau telah melakukan kesalahan sewaktu perlawanan FA Cup diantara Sutton United dan Arsenal tempoh hari.

Makan pie

Ketika perlawanan, Shaw telah didapati melakukan kesalahan dengan memakan pie ketika perlawanan sedang berlangsung di bangku simpanan.

Situasi itu telah membuatkan beliau menjadi fokus kamera ketika perlawanan sedang berlangsung.

Namun begitu, tindakan tersebut bakal mengundang bahaya kepada Shaw.

Hal ini kerana, beliau secara tidak langsung terlibat dalam perjudian apabila syarikat perjudian Sun Bets mempertaruhkan 8-1 untuk Shaw makan pie ketika perlawanan sedang berlangsung.

Dalam peraturan FA England, seseorang pemain tak boleh menyertai pertaruhan secara langsung atau tidak langsung.

Selain itu, pemain juga tidak boleh mengarahkan, memberi permit atau menyebabkan sesuatu pertaruhan berlaku terhadap keputusan, perkembangan atau apa sahaja yang melibatkan sesuatu perlawanan atau kejohanan.

Namun begitu, Shaw ketika ditanya beliau tidak tahu yang beliau terlibat secara tidak langsung dalam pertaruhan itu.

Saya pada mulanya tak tahu yang ada syarikat pertaruhan menaruh nama saya untuk makan pie ketika perlawanan.

Tetapi selepas kami dah ketinggalan 2-0 dan semua pertukaran dah dilakukan, saya saja nak usik mereka yang bertaruh itu dengan betul-betul makan pie ketika perlawanan!

Sutton United tewas 2-0 di tangan Arsenal semalam untuk berjaya mara ke suku akhir FA Cup.

Lucas Perez dan Theo Walcott merupakan penjaring untuk Arsenal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *