Penyokong PAS dilabel sebagai “Orang Bodoh” oleh Zaid Ibrahim.

22/02/2017 – Ahli baru DAP, Datuk Zaid Ibrahim menyelar tindakan seorang individu yang membakar bendera parti berkenaan ketika berlangsungnya Himpunan 355 Sabtu lalu.

Beliau turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu tindakan yang bodoh.

“Pandangan saya bakar bendera itu orang bodoh, malulah orang Melayu bodoh

“Kalau tak setuju, kenapa kena bakar bendera…tak setuju, cakap sahajalah.

“Contoh kata saya tak setuju dengan himpunan, takkan saya nak bakar bendera PAS, itu satu kerja bodoh,” kata beliau ketika dihubungi Smasa News pada Isnin.

Baru-baru ini, tular satu video mengenai bendera DAP dibakar oleh seorang lelaki yang menutup mukanya dengan kain.

Video berkenaan yang berdurasi 0:25 saat itu menunjukkan bendera berkenaan dibakar dan kemudiannya dipijak sehingga menjadi abu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *