Perempuan Patut Mengurat Kalau Tak Mahu Jadi Andartu

17/02/2017 – Sering kali dalam kisah percintaan, kebanyakkan lelaki yang akan mengambil langkah pertama dalam memulakan bicara atau mengurat perempuan.

Jarang melihat perempuan yang mengambil langkah untuk memulakan mukadimah cinta dengan mengurat lelaki. Apabila perempuan memulakan langkah itu mengurat lelaki pasti akan disifatkan sebagai perkara yang terdesak sehinggakan ‘periga mencari timba’.

Namun begitu, mengurat dan bercinta ini disifatkan sesuatu yang diharamkan dalam Islam. Tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta boleh menyebabkan pasangan ini terjerumus dalam perkara-perkara tidak baik.

Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.

Dalam Islam juga menekankan cinta itu penting untuk diterapkan dalam diri setiap muslim. Tetapi, cinta yang terjalin antara seorang lelaki dan perempuan tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, harus ada rasa tanggungjawab.

Malah, digalakkan seorang perempuan untuk ‘mengurat’ lelaki dahulu untuk membina hubungan yang halal. ‘Mengorat’ yang dimasukkan adalah merisik dahulu lelaki. Antara cara untuk merisik lelaki adalah dengan meminta ibu bapa carikan. Ibu bapa pasti akan mencarikan pasangan yang terbaik untuk anak-anaknya.

Kedua adalah meminta rakan-rakan untuk merisik, mereka pasti ada kenalan atau abang yang boleh dijadikan calon suami. Selidik dahulu jika berkenan minta rakan untuk kenalkan.

Tidak salah untuk perempuan yang memulakan langkah ‘mengurat’. Mengurat yang dimaksudkan ‘mengurat’ berlandaskan Islam bukan ‘mengurat’ dan keluar berdua-dua sehingga menimbulkan fitnah. Perempuan yang terlalu takut untuk memulakan langkah ‘mengurat’ menyebabkan ramai yang menjadi andartu. Mereka masih berharap lelaki yang patut memulakan langkah ‘mengurat’ mereka dahulu.

Tidak menjadi satu kesalahan dan memalukan jika ‘mengurat’ dengan cara yang betul berlandaskan agama Islam. -MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *