Petrol tidak secara ajaib berpindah dari kilang penapisan ke dalam tangki petrol kereta anda.

1. Dua hari lalu, YB Tony Pua dan YB Wan Azizah berkata, kerajaan tidak mempunyai asas untuk meningkatkan harga runcit petrol pada bulan Februari kerana harga minyak mentah jatuh pada bulan Januari.

2. Hari ini, selepas diberitahu oleh kami bahawa harga petrol adalah berasaskan minyak yang ditapis dan bukannya minyak mentah, YB Tony dalam satu kenyataannya hari ini tiba-tiba bersetuju dengan kami dan sekarang mengakui bahawa harga petrol bertapis telah meningkat pada Januari berbanding bulan sebelumnya.

Ini bermakna kenyataan YB Tony dan YB Wan Azizah sebelum ini mengenai tiada asas bagi peningkatan adalah salah. Mereka perlu memohon maaf kerana mengelirukan rakyat.

3. Walaupun YB Tony Pua tidak lagi berkata tidak ada asas untuk kenaikan harga petrol pada bulan Februari, beliau kini mempertikaikan jumlah kenaikan dan telah menawarkan pengiraan beliau sendiri – yang mana adalah salah.

4. YB Tony mengira bahawa harga purata MOPS95 bagi bulan Disember 2016 adalah AS$ 66.553 setong atau AS$ 0.4186 seliter. Ianya menjadi RM1.8753 seliter pada kadar pertukaran AS$ 1: RM4.48.

5. YB Tony telah meletakkan harga purata MOPS95 bagi Disember 2016 secara kasarnya betul tetapi salah pada kadar pertukaran purata salah berdasarkan data kadar pertukaran rasmi BNM. kadar pertukaran purata bagi tempoh perdagangan MOPS pada bulan Disember 2016 adalah AS$1 kepada RM4.4599 – bukannya RM4.48 seperti yang diberikan oleh Tony.

Kadar rasmi bersejarah BNM boleh didapati di sini: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic&pg=stats_exchangerates

6. Lebih kritikal lagi, YB Tony nampaknya tidak memahami bahawa pemandu Malaysia tidak mengepam petrol terus dari kilang penapisan dan bahawa petrol perlu dibeli oleh syarikat-syarikat minyak, dipasarkan, dipindahkan dan diagihkan di stesen-stesen petrol individu – semuanya memerlukan kos.

7. Caj atau margin bagi petrol RON95 ini telah diperincikan dengan jelas oleh Mekanisme Harga Automatik kerajaan sejak April 1983. Ia berjumlah sebanyak 31.73 sen seliter – termasuklah 5 sen “Alpha” untuk mengambil kira perubahan harga pada masa pembelian dari kilang penapisan, 9.54 sen untuk kos pengangkutan dan pemasaran, 5 sen margin untuk syarikat minyak dan 12.19 sen margin bagi stesen minyak.

8. Oleh itu, pengiraan RM1.8753 seliter oleh YB Tony Pua bagi bulan Disember yang menentukan harga Januari 2017 adalah salah.

Seperti yang ditunjukkan dalam Figure 1, harga APM termasuk margin dan kos yang diselia bagi Januari 2017 adalah RM2.19 seliter, iaitu 9 sen seliter lebih mahal daripada harga di pam sebanyak RM2.10 untuk bulan itu.

9. YB Tony Pua juga cuba untuk mengira harga pam untuk bulan Februari dan mendakwa purata MOPS95 meningkat sedikit kepada AS$ 68.820 setong atau AS$ 0.4328 seliter pada bulan Januari – iaitu RM1.9130 bagi setiap liter berdasarkan pada kadar pertukaran purata AS$ 1 kepada RM4.42.

10. Walau bagaimanapun, YB Tony telah salah dalam kedua-dua harga MOPS purata dan kadar pertukaran. Kadar pertukaran purata bagi Januari 2017 sepatutnya adalah RM4.4592 – bukannya RM4.42 seperti yang didakwa oleh YB Tony.

Selain itu, harga RM1.9130 seliter beliau juga tidak termasuk kos dan margin APM.

Harga APM untuk Februari 2017 sepatutnya adalah RM2.262 seliter – iaitu 3.8 sen lebih rendah daripada harga pam RM2.30 bagi Februari 2017.

11. Hakikat bahawa terdapat caj kurang sebanyak 9 sen pada bulan Januari dan 3.8 sen caj berlebihan pada bulan Februari menunjukkan sebab mengapa terdapat keperluan untuk apungan terurus. Tanpa moderasi ini, harga petrol RON95 akan melonjak 30 sen dari Disember hingga Januari dan 10 sen dari Januari hingga Februari.

Walau bagaimanapun dengan apungan terurus, harga petrol naik 20 sen bagi Januari dan Februari sebaliknya.

12. Mengetahui bahawa ia adalah sistem apungan terurus berdasarkan mekanisme harga yang sudah berdekad lamanya, ia adalah tidak masuk akal bahawa pemimpin pembangkang menyalahkan kerajaan apabila harga petrol meningkat disebabkan oleh harga pasaran global meningkat tetapi apabila harga petrol jatuh, pembangkang berkata ini adalah disebabkan oleh harga global dan tidak memberi sebarang kredit kepada kerajaan.

13. Malaysia secara konsisten merupakan antara 15 harga runcit petrol paling murah di kalangan 180 negara di dunia (Rajah 2). Dengan sistem apungan terurus dan sistem APM, harga akan naik dan jatuh berdasarkan kepada harga petrol bertapis global. Harga petrol bulanan tidak seharusnya menjadi satu isu untuk pembangkang mempolitikkan setiap bulan.

14. Sekali lagi, YB Tony Pua dinasihatkan untuk lebih memahami ekonomi dan realiti pasaran harga petrol dan bukannya membuat kenyataan tidak berasas atau pengiraan yang tidak betul – atau lebih teruk lagi – dibuat dengan tujuan untuk sengaja mengelirukan dan menghasut rakyat Malaysia.

Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional
Putrajaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *