Polis Sahkan dua wanita Indonesia dan Vietnam dilatih untuk bunuh Kim Jong-nam

22/02/2017 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pembunuhan pemimpin buangan Korea Utara Kim Jong-nam sudah dirancang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dua wanita yang masing-masing warga Indonesia dan Vietnam itu sudah dilatih dan mereka tahu berkenaan pembunuhan tersebut.

Katanya, hasil siasatan mendapati dua wanita itu bertindak membunuh mangsa dengan menyapu sejenis toksik pada muka mangsa.

Bagaimanapun, pihak polis masih menunggu laporan Jabatan kimia untuk mengetahui jenis toksik yang diguna pakai.

“Kita dapati toksik itu disapu menggunakan tangan masing-masing dan ia dilakukan oleh Siti Aishah (suspek Indonesia) sebelum diikuti Doan Thi Huong (suspek Vietnam),” katanya pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebentar tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *