PPBM dianggap tiada hala tujuan di Pulau Pinang.

14/02/2017 – Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya menyifatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai sebuah parti yang tiada hala tuju dan tak ada arah perjuangan untuk memajukan negara.

Didalam satu kenyataan, beliau menyifatkan pemimpin-pemimpin PPBM kebanyakannya terdiri dari kumpulan individu yang kalah semasa perebutan jawatan didalam parti.

Diatas sebab tersebut, semua tindakan yang dibuat oleh pemimpin PPBM hanya berlandaskan dendam walaupun mereka sedar bahawa parti yang mereka naungi kini tiada harapan untuk menang.

“Golongan PPBM ini kebanyakannya puak yg kecewa kerana kalah dlm perebutan jawatan dlm parti dan ada yg x dpt menjadi calon semasa mrk dlm Umno..seperti ibarat kata ‘tak dpt anggur lalu dikatalah anggur masam’

Segala tindakan mereka lebih bersendikan dendam maka dgn sebab itu slogan mrk biar Umno BN kalah..walau pun mereka menyedari bahawa mereka juga tidak mampu menang..” ujar beliau.

Tambah Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu lagi, PPBM ialah sebuah parti yang langsung tiada identiti. Mereka dikatakan hanya tahu meniru UMNO baik dari warna parti mahupun segala aktiviti yang mereka anjurkan.

Parti Mahathir itu juga disifatkan sebagai pengecut kerana hanya berani mencari ahli baru dikalangan penyokong UMNO tetapi tak berani untuk ‘berdakwah’ kepada penyokong parti-parti lain khususnya didalam pembangkang agar menyertai mereka.

“PPBM tiada sifat dan identiti, spt plagiat @ parti copy paste kerana guna warna identiti merah spt Umno, aktiviti pun mcm tiru aktiviti Umno , cari ahli pun diklgn org Umno dgn tujuan nak memecahbelahkan umno.. tak ada keberanian mencari ahli dari klgn ahli lain2 parti utk menyertai mereka.. mcm mana nak berdikari malah bermimpi utk tadbir negara..” kata beliau.

Shabudin turut mendedahkan bahawa pemimpin PPBM hanya tahu membodek DAP di Pulau Pinang. Beliau turut mencabar PPBM Pulau Pinang agar menjelaskan sumber kewangan parti terbabit jika mereka bukan terima dari DAP.

“Ada ketua PPBM di peringkat bawahan di P. Pinang asyik memuji kehebatan DAP mengatasi kehebatan mana mana parti lain terutamanya BN dalam urustadbir… mungkin mereka menutup kedua2 belah mata dari melihat kebejatan DAP dan kepimpinannya di Pulau Pinang kerana DAP adalah big boss dan funder PPBM..kalau tak betul silalah PPBM beritahu sumber kewangan parti mereka terutama di Pulau Pinang..” tegasnya.

Selain itu, Shabudin juga menyelar sikap pemimpin PPBM yang hanya tahu mengkritik kepimpinan kerajaan seolah-olah pemimpin PPBM itu semuanya suci dan maksum.

Beliau turut mempersoalkan tentang siapa sebenarnya yang menjadi Ketua didalam parti serpihan UMNO tersebut. Rakyat kini keliru diantara karakter Mahathir dan juga Muhyiddin yang sangat bercelaru.

“Belum pernah menyumbang khidmat bakti kepada Negara , berkokok sudah berdegar2.. dari Perdana Menteri sampai Pengerusi JKKKP .. semuanya dikata dan dinista.. seolah2 mereka yg berkata suci dan maksum..

Kita tak tahu siapa sebenarnya ketua PPBM .. Turn M ke atau TS Muhyidin..siapa yg buat keputusan .. kalau yg di atas sudah melelong , yg di bawah lagi gelong..” ujar beliau sinis. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *