PU Faiz Dikecam Kerana Keluar Fatwa Wajib Hukum Hisap Rokok

08/02/2017 –Majlis fatwa telah lama dikeluarkan semenjak tahun 1995 lagi tentang pengharaman rokok. Rakyat juga rata-rata mengetahui tentang perkara itu tetapi masih ada juga yang menghisap rokok dan mengambil ringan perkara ini.

Namun begitu, rakaman ceramah PU Faiz membincangkan tentang isu rokok telah tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Rakaman itu mula menarik perhatian netizen terutamanya penghisap rokok apabila PU Faiz telah membuat beberapa kenyataan mengenai hukum wajib menghisap rokok di kalangan umat Islam.

PU Faiz menggambarkan merokok boleh menjadi hukum wajib mengikut situasi.

Beliau memberikan contoh hukum merokok boleh menjadi wajib untuk sesetengah orang misalnya seorang nelayan menghisap rokok kerana dikhuatiri tidak menghisap rokok akan mengganggu konsentrasi semasa berada di laut.

PU Faiz juga memberikan beberapa kenyataan lain serta contoh menjadikan hukum merokok untuk wajib untuk seseorang.

Namun, kenyataan itu didapati tidak dipersetujuai oleh pegawai perubatan dan ulama-ulama yang lain yang berpendapat beliau membuat hukum hanya menggunakan akal.

Malah, netizen juga dilihat mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau.

“Dia hanya ustaz biasa sahaja, sedangkan Majlis Fatwa dah keluarkan fatwa merokok adalah haram. Logiknya mana yang patut kita patuh, seorang ustaz dengan pendirian dia atau sekumpulan alim ulama yg merangkumi segenap bidang yang telah membincangkan permasalahan rokok secara mendalam sebelum mengeluarkan fatwa?,” kata Haris Ibrahim. –MissA/UtaraNews.com

One thought on “PU Faiz Dikecam Kerana Keluar Fatwa Wajib Hukum Hisap Rokok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *