Rakyat Pulau Pinang harus bersyukur bila kerajaan DAP boros.

21/02/17: Sebagai rakyat yang lahir dan menetap di negeri Pulau Pinang…, sepatutnya korang bersyukur dan sangat-sangat berterima kasih kerana telah dikurniakan seorang pemimpin dan kerajaan negeri yang sangat boros demi rakyatnya sendiri.

Dengar kata..,  kerajaan DAP ni boros sebab nak pastikan kebajikan rakyat mereka terjamin. Iye ke?? Korang rasa kehidupan dan masa depan rakyat Pulau Pinang sudah terjamin ke?

Untuk pengetahuan, korang dapat lihat betapa borosnya kerajaan DAP Pulau Pinang ini apabila perbelanjaan kerajaan negeri yang berada di bawah DAP tersebut telah melonjak naik secara mendadak sebanyak 191.7%.

Ini bermakna perbelanjaan mereka bertambah kepada RM825.88 juta pada tahun 2015 berbanding RM283.15 juta di tahun 2008. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak tiga kali ganda jika hendak dibandingkan pada tahun 2008, iaitu pada awal DAP mentadbir.

Maka peningkatan tersebut membuktikan bahawa pada bajet 2017 kali ini, perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan naik sehingga RM1.35 bilion yakni sebanyak LIMA KALI GANDA.

Perhhh dahsyat betul laa DAP Pulau Pinang ni kan… Patut la DAP sanggup jual segala harta-harta dan syarikat negeri Pulau Pinang. Rupa-rupaya dorang nak tutup keborosan yang kononnya demi rakyat tu dengan cara menjual negeri.

Hanya dengan cara itu saja DAP mampu menutup kesilapan mereka dalam kelekaan dan keborosan berjoli duit rakyat. Keborosan dalam menguruskan perbelanjaan tahunan berkali-kali ganda itu menunjukkan DAP bukanlah sebuah pentadbiran yang baik.

Apa yang hairannya, DAP Pulau Pinang yang boros tapi slumber je dorang tunding jari pada perbelanjaan Kerajaan Persekutuan yang kini sudah terkawal. Macam tu ke sebuah kerajaan yang baik dan berwibawa??-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *