Sambutan hangat Himpunan RUU 355 bukti DAP kalah.

19/02/2017: Sambutan meriah dan memberangsangkan yang ditunjukkan rakyat serta pemimpin-pemimpin negara membuktikan bahawa PAS berjaya meraih sokongan padu terhadap himpunan RUU 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur semalam.

Dengan ini sekaligus melenyapkan dan menutup mulut-mulut longkang yang mengkritik cadangan rang undang-undang pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965, terutama sekali puak DAP.

Kejayaan tersebut juga melambangkang betapa DAP gagal untuk menghalang RUU 355 daripada dilaksanakan… Memandangkan ia mendapat sokongan daripada puluhan ribu rakyat di negara ini.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hasan Tantawi berkata sokongan yang diberikan memberi isyarat bahawa DAP kini gagal untuk menjadi pentaksub anti-Islam yang kuat di negara ini.

Rakyat malah menyatakan sokongan penuh terhadap RUU persendirian yang dibawa presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang… Bagi meningkatkan kuasa hukuman mahkamah syariah.

Kehadiran yang sangat membanggakan itu telah mematahkan hujah-hujah negatif puak pembenci RUU 355 yang menghalang kepada perlaksanaan hudud… Boleh dikatakan kesemua majoriti Islam di negara ini menyokong perlaksanaan pindaan tersebut.

Lepas ni pupus sudah suara-suara sumbang DAP yang sentiasa membenci RUU 355… Tiada lagi pihak yang akan meremeh dan memandang rendah terhadap cadangan PAS tersebut.

Mujurlah masih ramai yang sedar akan kepentingan bagi mengukuhkan perlaksanaan hukum Islam di negara ini… Ianya penting bagi memastikan agama rasmi negara ini tidak sewenang-wenangnya di caci maki oleh puak liberal DAP yang anti-Islam itu.

Semalam, ribuan peserta bersama pemimpin PAS berkumpul di Padang Merbok untuk menunjukkan sokongan kepada pindaan itu. Anggaran penyokong yang hadir kira-kira mencecah 300,000.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *