Siasatan dedah Korea Utara bertanggungjawab atas kematian Kim Jong Nam.

SEOUL: Siasatan Malaysia ke atas pembunuhan abang sebapa pemimpin Korea Utara menunjukkan kerajaan Pyongyang adalah dalang di sebalik kematian Kim Jong Nam, kata Korea Selatan hari ini.

Polis Malaysia menahan suspek ke-4 yang merupakan seorang lelaki Korea Utara dan sedang memburu 4 lagi rakyat Korea Utara yang meninggalkan Malaysia Isnin lalu, hari Jong Nam diracun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

“Berdasarkan pelbagai faktor, kerajaan kita pasti mayat itu ialah Kim Jong Nam dan disebabkan 5 suspek ialah warga Korea Utara, kita anggap kerajaan Korea Utara dalang di sebalik kejadian itu,” kata jurucakap Kementerian Penyatuan Seoul, Jeong Joon Hee.

Jeong bagaimanapun enggan memberi butiran lanjut dengan alasan siasatan masih dijalankan di Malaysia.

“Disebabkan Korea Utara melakukan jenayah tidak berperikemanusiaan dan keganasan, kita memantau perkembangan kejadian itu dengan serius,” kata Jeong.

Jong Nam meninggal dunia selepas disembur dengan cecair di mukanya di klia2. Seoul mendakwa serangan itu dilakukan ejen wanita atas arahan Pyongyang./FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *