“Takkan lah saya nak namakan anak saya Naruto..”

16/02/2017 – Adalah menjadi hak anak dan kewajipan yang mesti dipenuhi oleh ibu bapa memberikan nama yang baik kepada bayi yang baru dilahirkan. Memberikan seseorang nama-nama yang baik dan elok menjadi tuntutan Islam dan budaya Melayu.

Tetapi, ibu bapa sekarang dilihat seperti menjadikan anak-anak mereka sebagai mangsa keadaan apabila meletakkan nama yang pelik dan tidak baik pada anak-anak mereka.

Terbaru, pelawak Shah Tapaw atau nama sebenarnya Mohd Shah Rizal Sulaiman dikatakan telah memberikan nama pada bayi lelakinya dengan nama watak animasi Jepun Naruto.

Menerusi akaun Instagram Shah, dia telah memuatnaik gambar sijil kelahiran anaknya itu yang tertera nama ‘Muhammad Putra Naruto bin Mohd Shah Rizal’. Disebabkan telah memuatnaik gambar sijil kelahiran dengan nama itu netizen mengambil serius perkara itu dan mengkritik Shah.

Walaupun minat mana seorang lelaki bergelar ayah pada watak animasi, perkara seperti meletakkan nama watak animasi yang diminati pada anak-anak yang dilahirkan bukan sesuatu perkara yang lucu dan boleh dibuat main-main.

“Nanti mesti anak ni kena ejek bila dah besar, fikir panjang sebelum letak, minat-minat jugak, kesan akan datang tu kena fikir.” tulis Amirul Ammar.

“Tak kesian kan anak ke? Tak fikir masa depan anak ke? Jangan wujudkan budaya pelik, sekarang dah 2017.” kata Farah Najihah.

Namun begitu, Shah telah tampil memberikan penjelasan bahawa sijil kelahiran yang mendedahkan nama Naruto itu telah di sunting untuk dijadikan bahan gurauan pada ahli keluarganya. Nama sebenar anaknya adalah Muhammad Putra Iyyad.

Pada awalnya memang Shah ada terfikir mahu meletakkan nama Naruto, tetapi telah mendapat bantahan kerana tidak membawa maksud yang baik.

“Sebenarnya, perkara yang dikongsi oleh saya itu tidak betul. Gambar tersebut telah pun disunting dan hanyalah gurauan semata-mata dikalangan adik-beradik saya. Nama sebenar anak kedua saya ialah Muhammad Putra Iyyad.

“Pada awalnya, saya memang terfikir untuk meletakkan nama anak saya Naruto, namun saya mendapat bantahan kerana tidak membawa maksud yang baik. Jadi saya nak juga muatnaik ke laman Instagram,” kata Shah. –MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *