TMJ Tak Sesuai Untuk Beraksi Bersama JDT – Raja Ahmad Zainuddin

Kuala Lumpur – “Bagi saya pentas Liga Malaysia (Liga-M) tidak sesuai kerana tumpuan pemain lawan dan pengadil pasti akan tergugat,” itu pandangan bekas Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar mengenai kesediaan pemilik Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim beraksi sebagai pemain kelab itu.

Katanya, cadangan Tunku Ismail itu baginya cukup ganjil dan ia sama sekali jarang berlaku biarpun jelas tindakan itu tidak melanggar mana-mana peraturan pertandingan.

“Bagaimanapun, berdasarkan status Tunku Ismail sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan tokoh bola sepak tempatan yang disegani ketika ini, saya melihat idea itu tidak praktikal kerana boleh menjejaskan keputusan perlawanan.

“Saya tak kata tak boleh, cuma situasi itu pasti akan mengundang rasa kekok dan janggal kepada pemain lawan dan pengadil apabila mereka beraksi.

“Bayangkan bagaimana pihak lawan cuba menyekat pergerakan TMJ serta pengadil nanti. Bagi beliau mungkin tidak ada masalah dan boleh terima, tapi orang lain akan rasa begitu. – hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *