Tokong Coli jadi misteri bagi rakyat Jepun.

Memang misteri dan agak menggerunkan! Sebuah tokong lama dan terbiar di Jepun didapati sangat pelik kerana di situ didapati puluhan coli digantung di silingnya.

Kini menjadi tular di negara Matahari Terbit itu tentang tokong tersebut kerana motif ia dijadikan lokasi koleksi coli masih tidak diketahui semua orang sekaligus menimbulkan tanda tanya.

Dipanggil sebagai tokong coli, misteri tentang apa yang berlaku di situ bukan sahaja menjadi bualan netizen di media sosial malah turut dipaparkan dalam rancangan TV.

Memetik laman Rocketnews 24, tokong itu terletak dalam sebuah bangunan lama yang dipanggil sebagai haikyo.

Tambah menakutkan bukan sahaja coli digantung di serata siling, malah terdapat anak patung tidak berbaju yang dipaku di dinding, foto wanita tersenyum dan juga alatan memuja.

Terdapat borang tinjauan yang boleh diisi oleh pelawat di situ dan menurut nota yang terpapar, bilik pelik yang terdapat di situ adalah untuk kegunaan mampamerkan karya seni.

Untuk rekod, tokong itu dilaporkan telah ditutup pada 2002 selepas menerima banyak aduan daripada orang ramai yang mendakwa ia telah menipu ramai pengguna yang bertandang ke situ. Malah, ada yang memanggilnya sebagai tokong si penipu.

Sehingga kini terdapat bilik yang tidak tersentuh langsung di tokong coli berkenaan sehingga menimbulkan suasana mistik.

Dikatakan misteri di tokong berkenaan mungkin kekal menjadi rahsia sehingga tahun-tahun mendatang memandangkan tiada siapa yang mengetahui kisah sebenar di sebalik coli bergantungan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *