Tunku Aziz tak sabar tunggu surat saman Mukhriz

1/2/2017- Sebelum ini, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz mencabar Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim supaya mendedahkan bukti dan sumber yang diperolehinya berhubung dakwaannya mengenai pemilihan beliau sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Tunku Abdul Aziz mendakwa wujud pakatan sulit antara Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang. Pakatan sulit tersebut berhubung siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang PRU14.

Kedua-dua pemimpin itu membuat perjanjian rahsia untuk melantik Mukhriz sebagai Perdana Menteri, manakala pula Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sekiranya, Tunku Abdul Aziz gagal berbuat demikian maka beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan saman berhubung dakwaan fitnah tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini Tunku Abdul Aziz mendakwa bahawa surat saman Timbalan Presiden Bersatu itu kepadanya masih beum tiba.

Sambil berseloroh, beliau merasakan kerana sistem pos di Malaysia ini mungkin yang menjadi punca surat saman tersebut lewat tiba.

“Saya masih belum terima surat saman itu, tetapi anda semua tahulah bagaimana sistem pos di negara kita ini.

“Bagaimanapun, saya masih menunggu dan jangkakan ia akan tiba cuma tidak tahu bila,” katanya ketika sidang media semalam.

Tambahnya lagi, beliau juga tidak menerima sebarang panggilan telefon daripada peguam Muhkriz berhubung perkara itu.

“Hanya panggilan daripada media sahaja yangs saya terima, orang lain tidak ada,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *