United Dapat Laluan Mudah Di Liga Europa

NYON (Switzerland) – Pasukan pilihan Manchester United diundi bertemu kelab Russia, Rostov, yang tidak seperti Jose Mourinho, gembira dengan pertemuan kelompok 16 terakhir Liga Europa itu.

United kendalian Mourinho menewaskan kelab Perancis Saint-Etienne 4-0 secara agregat dalam kelompok 32 terakhir dan kelab Inggeris itu kini perlu bertandang ke Russia pada 9 Mac, dengan aksi timbal balik di Manchester seminggu kemudian pada 16 Mac.

Menurut Mourinho dia ingin mengelak bertemu kelab Russia minggu ini kerana pasukannya perlu berdepan Chelsea dalam Piala FA, namun bagi kem Rostov, mereka menyambut baik keputusan undian berkenaan.

“Kami gembira melihat undian itu,” kata pengarah Rostov Ali Uzdenov.

“Pemain-pemain bersedia berdepan mana-mana lawan, terutama Man United. Perlawanan ini cukup istimewa buat semua orang di Rostov, bukan hanya peminat bola sepak.”

Kelab Itali AS Roma, juga antara pasukan pilihan kejohanan ini, akan bertemu kelab Perancis Lyon.

Dua kelab Jerman bertembung sesama sendiri, Schalke 04 dan Borussia Moenchengladbach, manakala dua daripada tiga kelab Belgium yang masih beraksi turut bertemu sesama sendiri – Genk menentang Gent.

Anderlecht akan berdepan Cypriots Apoel dan juara Greece, Olympiakos bertemu lawan dari Turki, Besiktas.

Celta Vigo – wakil tunggal La Liga di kejohanan kedua tertinggi Eropah itu – bertemu kelab Russia, Krasnodar manakala gergasi Belanda, Ajax akan menentang FC Copenhagen.

Kelompok 16 Liga Europa

Celta Vigo (ESP) mln Krasnodar (RUS)

Apoel Nicosia (CYP) mln Anderlecht (BEL)

Schalke 04 (GER) mln Borussia

Mönchengladbach (GER)

Lyon (FGRA) mln Roma (ITA)

Rostov (RUS) mln Manchester United (ENG)

Olympiakos (GRE) mln Besiktas (TUR)

Gent (BEL) mln Genk (BEL)

FC Copenhagen (DEN) mln Ajax (NED) – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *