Ustaz Azhar Idrus dakwa DAP ‘bangang’ kerana tolak benda baik?

20/02/17: Pendakwah bebas, ustaz Azhar Idrus menyifatkan bahawa sesiapa sahaja yang menolak sesuatu perkara yang mampu memberi kebaikan bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk kehidupan rakyat, disifatkan sebagai ‘bangang’.

Ujarnya, kebanyakkan rakyat di negara ini mempunyai pandangan yang berbeza terhadap cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355), mereka itu termasuklah pemimpin-pemimpin di negara ini.

Oleh kerana mereka bersikap sombong dan tidak mahu untuk mempertimbangkan sesuatu yang mampu memberi kebaikan kepada kehidupan mereka… Maka dengan mudahnya mereka menolak Akta RUU 355.

Cumanya timbul persoalan disini, adalah individu ‘bangang’ yang dimaksudkan ustaz Azhar tersebut merujuk kepada parti DAP dan pengikutnya yang secara terang-terangan menolak Akta RUU 355 yang diusulkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang?

Walaupun ustaz Azhar tidak sebut siapa yang dimaksudkannya sebagai ‘bangang’ itu… Tapi jelas kenyataannya sesiapa sahaja yang menolak Akta RUU 355 yang membawa kebaikkan kepada kehidupan itu merupakan orang yang bangang.

Ini bermakna DAP dan pengikutnya juga turut tergolong dalam kelompok ‘bangang’ yang dimaksudkan ustaz Azhar. Bagi penceramah bebas tersebut… Beliau mendakwa golongan yang tidak menyokong Akta RUU 355 ini sebenarnya meraskan diri mereka itu lebih hebat daripada orang lain.

DAP memandang pindaan Akta RUU 355 sebagai gagal dan mereka juga tidak mampu untuk melihat kebaikan di sebalik pindaan tersebut. Menurutnya lagi… Tak kisah la walaupun orang yang menolak Akta RUU 355 itu adalah seorang Mufti.

Tetapi jika mereka membangkang maka itu bermakna mereka bangang… Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab di Himpunan Rang Undang-Undang 35 (RUU 355) di Padang Merbok.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *