Wanita 9 Bulan Ditangkap Khalwat Dengan 3 Lelaki

17/02/2017 Alor Setar – Penduduk tempatan telah dikejutkan dengan berita seorang wanita yang sarat hamil sembilan bulan telah ditangkap khalwat dengan tiga orang lelaki di dalam sebuah bilik hotel bajet di Jalan Lencong Barat di sini, malam tadi.

Wanita yang tidak didedahkan namanya itu dikatakan telah hamil anak keenam. Anak yang dikandungnya itu adalah anak luar nikah hasil hubungan sulitnya dengan seorang lelaki berusia 32 tahun yang turut ditahan bersamanya.

Anak wanita ini yang berusia dua hingga 12 tahun telah ditinggalkan dalam jagaan keluarga angkat. Suami wanita ini pula dikatakan telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Langkawi pada 2012.

Wanita ini mula menjalinkan hubungan dengan lelaki berkenaan tahun lalu, ketika wanita itu bekerja di kedai pakaian di Bandar raya ini.

Penolong Pengarah Operasi Bahagian Penguat kuasa Undang-undang Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Mohd Rasydan A Rahman, berkata mereka ditahan dalam serbuan di hotel bajet itu pada 12.30 tengah malam, berdasarkan pemeriksaan pada buku daftar masuk hotel itu.

Sementara itu, berita ini telah menjadi tular di media sosial, netizen dilihat mengkritik hebat wanita itu disifatkan tidak mempunyai perasaan malu melakukan maksiat walaupun sudah hamil sembilan bulan dan meminta wanita ini untuk bertaubat..

“Sedihnya, kenapa rosakkan hidupmu wahai wanita dan kenapa kau rosakkan wanita wahai lelaki. Usahlah percaya pada janji-janji manis lelaki, sayangilah dirimu wahai wanita dan baliklah pada agama. Bila mana agama dibuang, maka terhasillah kerosakan dan kehinaan sebegini. Semoga sempat bertaubat,” komen Yana.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat. Jika disabitkan bersalah akan didenda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya. –MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *