Wanita hamil 8 bulan dirogol Tentera Myanmar

TEKNAF – Tiada belas kasihan sehingga diperlakukan seperti binatang, demikian nasib seorang wanita Rohingya apabila dirogol tentera Myanmar ketika dirinya sarat mengandung lapan bulan.

Senu Ara, 19, menceritakan detik ngeri itu katanya, kejadian berlaku ketika dia tinggal bersama dengan seorang anak lelakinya yang berusia dua tahun.

Jelas beliau, suaminya meninggal dunia akibat ditembak tentera Myanmar yang kejam.

Menerusi seorang jurubahasa, Senu Ara berkata, seorang tentera Myanmar telah datang ke rumahnya dengan membuat kecoh.

“Tentera itu menutup mukanya dan dia telah merogol saya ketika sarat mengandung lapan bulan, tanpa belas ihsan langsung. Saya diseksa dengan begitu teruk.

“Saya tidak ada sesiapa kerana suami telah dibunuh, saya ingat­kan saya dapat lari daripada tentera meninggalkan kampung, tetapi di mana-mana sahaja mereka tetap ada menzalimi kami,” katanya.

Bagaimanapun selepas kejadian, Senu Ara memilih untuk melarikan diri dari kampung di Arakan, Myan­mar kerana tidak sanggup untuk menjadi mangsa rogol mana-mana tentera lagi.

“Dalam keadaan sarat mengandung, saya meninggalkan kampung di Arakan. saya bersama-sama anak lelaki akhirnya sampai ke Kem Leda di Teknaf tiga bulan lalu setelah berjalan kaki dan tinggal di dalam hutan untuk beberapa ketika,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *