Zairil Khir Johari tak sudi layan dialog dengan Penyokong Bolasepak Pulau Pinang.

15/02/2017 – Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Zairil Khir Johari berkata dia tidak akan mengadakan dialog terbuka dengan penyokong skuad Harimau Kumbang.

“Mengenai wakil penyokong yang ingin mengadakan dialog terbuka bersama saya, ia tidak perlu.

“Ini kerana sebelum ini saya sudah berjumpa (dengan wakil penyokong) selepas mesyuarat luar biasa FAP di Penang Institute. Buat masa sekarang, biarlah FAP fokus kepada perlawanan akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai hasrat penyokong Pulau Pinang untuk mengadakan dialog terbuka dengan beliau bagi menyelesaikan isu berbangkit. Laporan mengenainya disiarkan oleh akhbar BH, hari ini.

Andai hasrat itu tidak tercapai, penyokong terbabit sedia memboikot semua perlawanan skuad Harimau Kumbang musim ini.

Mengenai isu kononnya pemain import yang diambil Pulau Pinang musim ini tidak berkualiti, Zairil berkata biarlah perkara itu diperjelaskan sendiri oleh jurulatih Ashley Westwood.

“Mengenai kualiti pemain import, biarlah ketua jurulatih, Westwood yang menjawab kerana sejak dulu lagi dia akan menurunkan tiga pemain import di bahagian pertahanan,” katanya.

Zairil turut melahirkan rasa kecewa dengan pencapaian Pulau Pinang setakat ini yang masih gagal meraih sebarang kemenangan selepas empat perlawanan saingan Liga Super, selain kekal kemarau gol.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *