10 cedera akibat letusan Gunung Berapi Etna

ROME: Gunung berapi Etna di Sicily yang secara tiba-tiba meletus dan memuntahkan lava telah mengakibatkan kira-kira 10 orang termasuk saintis, pelancong dan kru saluran berita stesen TV cedera.

Daripada jumlah itu, empat termasuk tiga pelancong warga Jerman dirawat di hospital akibat kecederaan pada kepala, demikian lapor agensi berita Ansa.

Menurut ahli vulkanologi Institut Gunung Berapi dan Geofizik Kebangsaan, Marco Neri, insiden itu berpunca daripada letusan freatik yang bergerak pantas di atas salji, sekali gus menghasilkan tekanan kuat.

Sementara itu, pihak berkuasa memaklumkan, ketika insiden itu berlaku, seramai 35 pelancong berada di sekitar kawasan gunung berapi terbabit.

Difahamkan, Etna telah meletus sejak beberapa hari lalu dan membebaskan debu tebal, namun letusan tersebut tidak menjejaskan operasi lapangan terbang di Catania dan aktiviti penduduk setempat. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *