14 juta rakyat Amerika bakal hilang perlindungan Insuran gara-gara Trump

WASHINGTON – Seramai 14 juta rakyat Amerika Syarikat dijangka kehilangan perlindungan insurans jangka hayat pada tahun 2018.

Fenomena ini bakal berlaku berikutan pelaksanaan pelan penjagaan kesihatan terbaharu Republik, menurut penganalisis bajet negara itu, kata BBC hari ini.

Pejabat Bajet Kongresional (CBO) AS berkata, dengan penguatkuasaan pelan baharu itu, angka warga AS tanpa perlindungan insurans bakal meningkat kepada 24 juta menjelang tahun 2026.

Bil berkenaan dikatakan akan mengurangkan defisit kerajaan Persekutuan sehingga USD$337 bilion (£275 bilion) atau RM1,498 bilion.

Ia akan berlaku dalam tempoh 10 tahun lagi, menurut laporan di AS.

Presiden Donald Trump menyokong pelan itu yang mana akan menggantikan pelan kesihatan yang diperkenalkan oleh bekas Presiden Barack Obama, iaitu Obamacare di bawah Akta penjagaan Mampu Milik.

CBO dengan kerjasama jawatankuasa bersama dalam percukaian turut mendapati kurang 5 juta warga AS akan dilindungi Medicaid, yang akan merangkumi rakyat berpendapatan rendah menjelang tahun 2018.

Pada masa yang sama, 14 juta rakyat dijangkakan menyertai program Medicaid menjelang tahun 2026.

Laporan mendapati dianggarkan seramai 52 juta warga AS akan menjadi insan tidak dilindungi insurans berbanding 28 juta orang yang tidak akan dilindungi insurans kesihatan dibawah Obamacare pada tahun tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *