25 Kawasan Banjir Kilat Selepas Hujan 4 Jam Bukti Kegagalan DAP Mentadbir

29/03/17 – Hujan yang berterusan selama 4 jam di negeri Pulau Pinang telah mengkibatkan 25 kawasan di negeri tersebut mengalami banjir kilat, anehhhhh… Hujan 4 jam je pun tapi sampai 25 kawasan hadapi banjir kilat.

Banjir kilat tau bebb! Bukannya banjir biasa seperti air naik sekejap je tu… Nampak sangat yang kerajaan DAP Pulau Pinang gagal dalam menguruskan pentadbiran mereka. Tempat lain hujan sehari suntuk baru air naik, belum lagi banjir kilat.

Tapi kalau kat Pulau Pinang, hujan lebat 4 jam je terus banjir kilat! Jelas bahawa banjir kilat yang berlaku membuktikan sistem perparitan dan saliran di negeri tersebut merupakan yang paling teruk didalam negara.

Selama 8 tahun DAP mentadbir di Pulau Pinang, parti cauvinis tersebut telah berjaya mencipta rekod menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang paling cepat terkena banjir kilat dan kenaikkan paras air sehingga ke lutut dalam masa kurang 4 jam sahaja.

Nampak sangat yang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selama ini hanya mementingkan keuntungan projek penjualan tanah melebihi daripada kebajikan rakyatnya. Guan Eng hanya tahu nak untung cepat je.

Sampai Tokong tu sanggup mengetepikan kebajikan dan kepentingan rakyat, sudahnya keselamatan dan nyawa rakyat sendiri yang terancam. Dia peduli apa dengan nyawa rakyat, nak hanyut dalam banjir ke nak terperangkap dalam banjir kilat ke dia tak kisah pun.

Apa yang dia tahu tiap bulan duit masuk dalam poketnya berjuta-juta ringgit hasil penjualan tanah dan projek pembangunan. Yang menjadi mangsa adalah rakyat Pulau Pinang kerana terpaksa berdepan dengan ancaman banjir kilat berpuluh-puluh kali dalam setahun. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *