Adele tak pasti mahu adakan konsert jelajah di masa hadapan

AUCKLAND: Peminat Adele yang terlepas konsert jelajah dunianya mungkin tidak berpeluang berbuat demikian pada masa akan datang.

Akhbar The New Zealand Herald melaporkan, penyanyi itu memberitahu peminatnya ketika persembahan malam semalam di sini bahawa beliau tidak tahu jika berkesempatan lagi berbuat demikian pada masa depan.

“Mengadakan konsert jelajah bukan sesuatu yang saya lakukan dengan baik. Saya tidak tahu jika saya akan melakukannya lagi,” katanya.

Konsert itu adalah yang terakhir buat Adele sebelum secara rasmi melengkapkan jelajah itu di bandar kelahirannya London bersama empat tarikh yang tiketnya habis dijual di Stadium Wembley musim panas ini.

Adele membuat persembahan dalam hujan lebat untuk pertunjukan luar di sini, semalam. Gambar menunjukkan gaunnya lencun serta memakai baju hujan plastik.

Beliau berjenaka bahawa dirinya ‘sia-sia menghabiskan masa selama dua jam untuk bersolek dan berdandan.’ – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *