Adi Putra failkan permohonan cerai dengan isteri pertama

Kemelut rumah tangga yang melanda pelakon Adi Putra nampaknya tidak pernah surut. MStar Online melaporkan, Adi telah mendaftarkan permohonan cerai dengan isteri pertamanya, Aida Yusof pada 3 Mac lepas.

Walau bagaiamanapun, usaha untuk mendapatkan komen aktor kacak itu belum berhasil kerana dia sekarang berada di Mekah kerana sibuk menguruskan jemaah mengerjakan umrah.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 36 telah berkahwin dengan Aida atau Zuhaidah Yusof, 42, pada 14 April 2006.

Sebelum ini Adi pernah memfailkan perceraian terhadap Aida pada 11 Mei 2012 namun ia ditarik balik tidak lama kemudian selepas mereka mahu menyelesaikan kemelut yang dihadapi dengan sebaik mungkin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *