Ahli Parlimen DAP Pulau Pinang Biadap Dan Maki Hamun Wartawan

20/03/2017 – Nampaknya hubungan pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP dengan wartawan akhbar Cina dilihat semakin keruh selepas pelbagai kejadian yang terjadi di Pulau Pinang dan Melaka.

Ini dapat dilihat selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng disaman oleh wartawan akhbar Cina dan sekumpulan pemberita Melaka yang mengenakan baju hitam tanda protes ke atas kenyataan Guan Eng mengenai “Media Barisan Nasional (BN)”, kini seorang lagi wartawan telah bertikam lidah dengan pemimpin DAP.

Keadaan itu difahamkan berlaku apabila wartawan tersebut mendapati Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik menghentikan kereta secara sembarangan dan perbuatannya dirakamkan pengguna media sosial.

Kwong Wah Yit Poh melaporkan, wartawan tersebut dikutuk Wei Aik apabila wakil rakyat itu diminta mengulas mengenai sebaran gambar di media sosial yang menunjukkan dirinya meletak kereta di laluan pejalan kaki dan menghalang pili bomba.

Bukan hanya itu sahaja, pemeriksaan lanjut oleh pengguna Internet juga mendapati Wei Aik turut mempunyai tiga tunggakan saman dan mencetuskan kontroversi.

Dua saman dilaporkan adalah atas kesalahan melanggar had laju. Namun apabila Wei Aik diminta mengulas mengenai perkara itu, beliau menyatakan bahawa beliau tidak ingin mengulas “benda yang tidak berzat”, merujuk kepada berita daripada Internet.

Malah, Wei Aik juga mengkritik pemberita kerana perlu bergantung kepada Facebook untuk menghasilkan berita dan mencadangkan supaya surat khabar tersebut ditutup.

Apabila wartawan menegaskan bahawa Wei Aik melakukan kesalahan dengan meletak kereta di tempat tidak sepatutnya, wakil rakyat itu membalas bahawa beliau kononnya sedih dengan kualiti wartawan semasa selain memberitahu dirinya pernah menjadi pemberita sebelum bertanding dalam pilihan raya.

Selain itu, Wei Aik juga mendakwa bahawa wartawan yang ‘mengarut’ hanya akan menulis berita yang ‘mengarut’.

“Saya tidak tahan dengan kejahilan anda. Jangan cari saya lagi,” kata Wei Aik.

Baru-baru ini, seorang pemberita Guan Ming Daily memfailkan saman fitnah terhadap Guan Eng di Mahkamah Tinggi kerana mahu mempertahankan maruah dirinya dan wartawan Pulau Pinang.

Manakala di Melaka pula, wartawan mengenakan baju hitam dalam majlis yang dihadiri Guan Eng kerana tidak berpuas hati dengan tindakan beliau yang melabelkan empat akhbar Cina sebagai “Media BN”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *