Amitabh Bachchan Berlakon Tanpa Bayaran

Berikutan mengagumi karya arahan Sanjay Leela Bhansali, bintang tersohor Amitabh Bachchan, 74, sanggup berlakon secara percuma dalam filem Black arahan sutradara itu yang diterbitkan dua tahun lalu.

“Saya hanya mahu bekerja dengan Sanjay selepas melihat semua hasil kerjanya yang sangat bagus. Jadi apabila peluang itu datang, saya terus terima.

“Saya berbesar hati dapat jadi sebahagian daripada Black dan itu sudah cukup sebagai upah saya,” kata Amitabh.

Black memaparkan kisah benar Helen Keller yang buta dan pekak lakonan Rani Mukerjee manakala Amitabh tampil sebagai guru.

“Detik paling manis apabila idola saya, aktor Dilip Kumar datang ke tayangan perdana Black dan memuji lakonan saya. Ketika kecil dulu saya memasang impian Dilip menonton filem lakonan saya dan ia akhirnya menjadi kenyataan.

“Apabila tayangan selesai, dia berdiri di luar panggung dan kami berjabat tangan. Dia memandang lama mata saya. Saya akan kenang detik indah itu sampai bila-bila,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *