Anak arwah Sosilawati bersyukur Mahkamah beri keadilan terhadap pembunuhan ibunya.

Selepas tujuh tahun, keluarga jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya akhirnya menarik nafas lega apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan bekas peguam, N. Pathmanabhan dan dua bekas pekerja ladangnya kekal menjalani hukuman gantung kerana membunuh Sosilawati dan tiga rakannya di sebuah ladang di Banting, Selangor pada 2010.

Anak kepada pengasas kosmetik produk jenama Nouvelles Visages (NV), Erni Dekritawati Yuliana Buhari bersyukur dan lega diakhiri dengan keputusan adil dan saksama.

“Alhamdulillah, Kami menerima keputusan ini dengan hati terbuka dan ini adalah keputusan yang terbaik untuk semua. Terima kasih kepada pihak berkuasa yang menjalankan tugas dengan baik sekali dan memberi keadilan kepada kami pada hari ini.”

Erni yang mesra dikenali Rita itu juga akan mengadakan kenduri doa selamat pada minggu depan sebagai tanda kesyukuran segala penantian mereka sekeluarga akhirnya telah selesai.

Katanya, bukan mudah untuk meneruskan hari-hari tanpa ibunya lebih-lebih lagi, beliau juga harus menggalas tanggungjawab mengemudi syarikat ibunya.

“Kini, meski pun tujuh tahun kehilangan ibu namun semangatnya masih tetap bersama kami.”

Bagaimanapun bagi Rita, keadilan ini bukan sahaja untuk mereka sekeluarga namun kepada keluarga mangsa yang lain yang turut terlibat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *